Thursday, March 24, 2011

Mata cantik, pandangan kena bijak secantik mata.

Bagi wanita, cantik itu sesuatu yang penting. Untuk cantik, wanita sanggup lakukan apa sahaja termasuklah menyusahkan diri untuk mendapat alatan kosmetik yang disukai. Bila bercakap soal mata, ada yang nak mata cantik hinggakan sanggup beli contact lens atau kanta lekap untuk mewarnakan mata hitamnya. Maka ia akan menjadikan biru mata hitamku. 

Jadi itu soal kecantikan. Kalau bab memberi pandangan, semua orang ada sudut pandangnya sendiri. Dengan kecanggihan teknologi sekarang, sudut pandang yang ada di kepala boleh diketengahkan untuk bacaan kawan-kawan mahupun orang lain. Antara medium yang digunakan ialah melalui laman sosial dan juga ketika sesi sembang kedai kopi.

Pada pendapat aku, andai kita mementingkan kecantikan pada diri, biarlah ia selari dengan apa yang ada di dalam pemikiran kita. Kalau individu tu ada rupa paras yang cantik, tapi bila ditanya tentang pendapat, nilai yang ada pada pendapat yang diutarakan sangat tidak meyakinkan malah menampakkan dirinya kurang bijak. Maka orang itu kita akan anggap sebagai, "hanya harap muka saja cantik, tapi otak tak cantik pon!"

Adakah anda mahu diri anda berada pada anggapan ini?? Semestinya tidak.

Akan tetapi, sila berjaga-jaga dengan jenis perkataan yang dipilih semasa mengeluarkan pendapat. Ini kerana salah guna perkataan juga mampu memberikan kesan kepada rupa diri kita. Kita lihat sahaja contoh Datin Seri Rosmah Mansor ketika memberi pandangan beliau berkaitan bencana di Jepun. Akibat terlalu obses untuk menggunakan perkataan "teknologi hijau" dan juga "mesra alam", akhirnya dia dianggap sebagai agak kurang cantik dari segi rupa walaupun pada pandangan kasar (tanpa mendengar pendapat beliau tentang isu ni) beliau sebenarnya seorang yang jelita dan menawan.

Yang kurik itu kendi, 
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi, 
Yang indah itu bahasa.

4 comments

x suka dgr ayat yg harap muka je cntik, tp otak tak.hee :)

eh, sy ade buat contest.lukis sket je pon dh boleh dpt rm30.jum join jom!! :D

http://supersillystoryland.blogspot.com/2011/03/contest-orang-lidi-berkata-kata.html

This comment has been removed by a blog administrator.

salam,
mengunjungi rakan2 blog;)
slmt berkenalan,
blog apisv2

Syairah, kalau tak suka, kita kena pastikan diri kita memberi pandangan dengan penuh ilmiah. :P

thanks atas kunjungan yer apiz...

Sebarang komen amatlah dihargai.