Kesian kat Jepun? Kesian jugak kat orang Malaysia.

Situasi kucar-kacir yang melanda Jepun akibat bencana gempa bumi yang siambung dengan hempasan ombak tsunami yang kini memberikan kesan ke atas loji nuklear di Fukushima telah memberikan kesedaran yang amat BESAR ke atas penduduk dunia Ramai yang berusaha kumpulkan dana, ramai yang sudah sediakan pasukan penyelamat untuk dihantar ke Jepun. Tak kurang juga usaha blogger untuk kumpul dana macam saudara Ariff Shah buat.

Berdasarkan maklumat dari pejabat kedutaan Jepun, pihak kerajaan Jepun kini BELUM BERSEDIA untuk menerima sebarang bantuan mahupun misi penyelamat di Jepun kerana keadaan sangat kucar kacir. Malahan, pihak kerajaan negara Jepun sendiri tidak mampu memberi jaminan keselamatan kepada pasukan misi penyelamat antarabangsa yang berhasrat untuk menghantar bantuan ke Jepun.

Apa kaitan orang Malaysia dengan masalah di Jepun?
Ramai sahaja yang mula ambil kesempatan ke atas tragedi yang menimpa Jepun. Maka timbul bermacam-macam scam atau penipuan dalam usaha mengaut keuntungan percuma dengan kaedah meminta derma untuk mangsa di Jepun. Walhal individu/kumpulan ini bukanlah mereka yang datang dari kumpulan yang SAH. Maka dinasihatkan agar kita lebih berjaga-jaga dalam menghulurkan bantuan.

Selain tu, penyebaran mesej yang tidak diketahui sumber asalnya. Sebagai contoh penyebaran mesej berkaitan kesan radiasi di Jepun yang memungkinkan kejadian hujan asid di Malaysia yang ammpu memberikan kesan kesihatan kepada manusia. Mesej sebegini memungkinkan keutungan luar biasa bagi penjual payung dan baju hujan. Akan tetapi, lebih PARAH lagi bila berlaku huru-hara dan panik di kalangan masyarakat. Sangat menyusahkan semua orang kerana telah TERTIPU dengan mesej palsu.

Kesimpulannya, kita kena pastikan perkara tersebut dari SUMBER YANG BERAUTORITI dahulu sebelum sebarkannya. Moga Malaysia kekal aman, bahagia dan makmur.

1 comment:

  1. Bila jadi macam ni memang orang panik bro
    Momoy kerja dalam plant
    so tahu sangat jika colling system down dan kesan radioaktif
    sebab kalau RT sedang dijalankan
    kami menag kena keluar
    tapi ramai kawan2 yang kahwin lama tapi amil anak angkat sebab effect radioaktif tu
    semoga Jepun selamat
    Dan Malaysia tidak dilanda musibah sama. Amin
    Memalukan | Akhbar Kita Mempersendakan Musibah Tsunami di Jepun!"
    Setelah hadapi gempa, tsunami dan radioaktif | Jepun bakal hadapi gunung berapi!

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.