Gila pangkat & gila darjat.

Isu GILA ini telah menghasilkan keadaan yang kurang menyenangkan di Malaysia. Isu ini juga berpotensi besar dalam menghasilkan huru-hara dalam tempah jangkamasa yang agak lama. GILA berlaku apabila keinginan serta nafsu terlampau yang ada pada diri manusia sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang mereka ingini dalam tempoh yang singkat.

Tak kira apa jua kaedah, dengan KUASA WANG yang individu itu ada, untuk memastikan dirinya mendapat pangkat ataupun darjat yang dimahukan biarpun kaedah yang digunakan tidak mendapat perkenan sesiapa. Tak kisah la perkenan Raja, mahupun perkenan orang ramai.

Kalau di peringkat Malaysia, gelaran Datuk atau Dato sangat popular hingga aku sendiri merasakan pangkat ini bersepahan di serata Malaysia. Akan tetapi, kaedah paling mudah untuk mengenali manusia yang GILA DARJAT ni mudah saja, bila memperkenalkan diri, adakah dia sebut gelaran yang dia GILAkan tu. Contohnya:

En. Usop         : "Hai, nama saya Usop, Encik?
Dato Usin  : " Saya Dato Usin.

Ini antara perbualan yang kita boleh ketahui akan keGILAan seseorang individu tentang darjat yang dimilikinya. Ada juga kemungkinan darjat yang dimiliki individu tersebut PALSU! Bermakna gelaran yang dapat tidak bersandarkan kepada kurniaan oleh mana-mana Sultan, Raja mahupun Yang Dipertua Negeri mana-mana tempat. Maka tiada penyelesaian lain dalam keadah untuk mendapat gelaran Datuk / Dato ni melainkan dengan proses "pembelian" melalui ORANG DALAM ataupun mana-mana orang yang ada STOK GELARAN DATUK pada dirinya.Dalam kes terbaru yang mendapat liputan meluas, harga satu gelaran ialah sebanyak RM 150 000.
Penasihat Undang-undang Istana Kelantan - UTUSAN

Seperti yang terjadi di Kelantan yang mengundang kemurkaan Sultan Kelantan, dikatakan lebih 150 orang telah mendapat gelaran Datuk yang dikurniakan oleh individu yang mendakwa dirinya dari keturunan Long Yunus. Sultan Kelantan telah murka. Kemurkaan ini disampaikan melalui Penasihat Undang-undang Istana Kelantan, Datuk Sukri Mohamed dalam sidang akhbar yang diadakan semalam.

3 comments:

  1. manusia memang cepat lupa dan mudah jadi tamak~

    ReplyDelete
  2. biasalah manusia zaman skang...mudah lupa daratan...sedar2lh wahai manusia sekalian...anda xkan selamanya diatas...

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.