CURANG, sudah menjadi asam garam kehidupan.

Bila kita tengok dunia hiburan, banyak artis mahupun selebriti ada masalah CURANG. Tak semua, tapi kebanyakan. KeCURANGan yang berlaku akibat, mata serta lidah yang tak dapat tahan tengok orang yang tampak LEBIH dari apa yang dia ada. Maka individu terbabit menjadikan CURANG sebagai langkah TERBAIK untuk memenuhi kepuasan dalaman.

Kalau dunia manusia biasa, kes CURANG semakin menjadi-jadi. Mungkin dek kerana ramai public figure yang telah dijadikan sebagai pedoman dalam membuat keputusan hidup. Justeru itu, andai berlaku permasalahan, mereka bertindang CURANG. Lantas merebak kepada kes perceraian yang kian hari kian banyak.

Adakah ianya sudah menjadi asam garam kehidupan?


Ya! Itu jawapan aku. Memang ia masam, memang ia masin. Andai CURANG dilakukan pada peringkat teman lelaki dengan teman wanita, aku masih boleh terima. Andai ini berlaku kat aku sekalipun, aku TERpaksa untuk mencari jalan agar aku boleh kembali ke landasan asal kehidupan aku.

Tetapi, andai ia berlaku tatkala rumahtangga telah dibina, maka ia boleh mendatangkan MARAH! Kaedah pendidikan ke atas isteri / suami aku perlukan untuk mengembalikan kepercayaan dan kasih sayang dari pasangan yang telah terikat.

Kesimpulan.

Maka, perhubungan itu terjalin atas dasar kepercayaan. Hatta untuk menguji tahap keimanan seseorang itu pon memerlukan tahap kePERCAYAan yang tinggi terhadap 6 perkara yang disebut dalam RUKUN IMAN. Andai kita tak cukup percaya kepada pasangan kita, tak perlu panjangkan hubungan anda. PENDEKKANlah ia.



**Entry ini dicetuskan oleh Broframestone dengan penuh keyakinan yang diletakkan oleh Nurelle
Fikir2
March 15, 2011
3

Comments

  1. curang adalah salah satu seninya orang hidup...
    yg menjadi penasaran adalh.. adakah orang yang tidak curang?

    ReplyDelete
  2. if rase xleh teruskan baik stop.. xperlu nak persalahkan sape2 huhuhu

    ReplyDelete
  3. Dea, ada jugak kebagusan idea anda di situ.. :P

    Bro, kadang2 berhenti itu perlu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…

Pernah try boba versi mamak Penang?

Ini cerita best masa kami balik Penang baru-baru ni. Aku saja la pi jumpa…

Kalau takda pasukan, kita gerak dulu !

Saya masih ingat kali pertama berjumpa dengan manusia penuh…

Hebat!