Apa guna DUIT yang banyak kalau TIADA perjuangan?

Selepas kejayaan dengan MAJORITI LEBIH BESAR di DUN Kerdau dan Merlimau, memperlihatkan muka baru dalam DUN lantas muka baru dalam UMNO di DUN terbabit. Kiranya ini menunjukkan betapa rakyat kembali yakin kepada UMNO dan Barisan Nasional untuk terus menerajui Kerajaan Malaysia.

Namun demikian, entry kali ni ialah untuk INGATAN PENTING kepada sesiapa yang terlalu inginkan duit yang banyak dalam hidup dia. Terutama bagi yang hanya mahu dapat duit dengan mudah tanpa perlu bekerja keras.

Andai perkara berikut terjadi kepada kita:
Nur Nilam Sari telah menjadi pewaris kepada keseluruhan harta ayahnya yang bernilai 25 billion ringgit. Kiranya berdasarkan kiraan kasar harta ni, Nur Nilam Sari hanya perlu duduk diam dan buat apa sahaja yang dia suka, sudah pasti ada cukup wang untuk makan dan berjalan-jalan. Andainya tiada perkara lain yang dilakukan oleh Nur Nilam Sari tadi, maka tiada makna hidupnya. Penuh dengan kebosanan kerana melakukan perkara yang sama. Mungkin kalau unik sikit, dia boleh melancong ke mana yang dia suka bersama wang yang diwariskan kepadanya.
Cuba bayangkan hidup kita tanpa perjuangan. Tanpa berjuang untuk mencari makan, tiada perjuangan untuk apa-apa. Andainya semua kita dah ada. Adakah bermakna hidup ini? Atau anda lebih suka duduk rumah sambil tengok televisyen sepanjang hidup anda?

2 comments:

  1. layan gk dok umah smbil tgk tv je..duit lak berkepuk-kepuk dlm poket..heheheh

    ReplyDelete
  2. tapi pengalaman kerja keras dan pengalaman hidup susah xdak! :P

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.