Andai semua rakyat Malaysia merusuh!

Bila tengok keruntuhan Iraq tatkala kebangkitan rakyat Iraq suatu masa dahulu aku belum cukup paham apa situasinya sehingga kuasa regim yang dikemudi oleh Arwah Saddam Hussein jatuh.

Bila tengok kebangkitan rakyat Mesir, isu semakin meluap-luap bila ia melibatkan lebih 11 ribu (0.04%) rakyat Malaysia yang berada di sana. Katanya kerajaan Mesir sangat banyak korupsi sehingga berjaya mengumpulkan sejumlah harta yang besar. Malahan ada juga kajian yang mengatakan nilai rasuah yang dibuat oleh kerajaan Mesir jika dibahagikan kepada semua jumlah penduduk Mesir mampu memberikan nilai sebanyak 200 ribu pound Mesir.

Kini, rakyat Libya pula bangkit. Kiranya kerajaan di bawah pimpinan pemimpin PALING LAMA MEMERINTAH di dunia Muammar Al-Gaddafi berusaha keras untuk mempertahankan kuasanya di Libya. Rakyat Libya tak suka, tapi sebab tak tahan sangat, rakyat dah mula merusuh smpai kini tahap berperang dengan kerajaan.

Aku membayangkan situasi ni andai ianya berlaku di Malaysia. Andainya kebencian rakyat ke atas kerajaan Barisan Nasional kini telah menghasilkan rusuhan besar di Kuala Lumpur. Mungkin bermula di KLCC (ala-ala HINDRAF cuba buat hujung minggu lepas). Dibuat pulak hari orang bekerja.



Semua orang berpusu-pusu berarak sebagai tanda protes. Bila dah berarak, nafsu makin naik. Syaitan mula merasuk. Mula nak pecah cermin kaca di sekitar kawasan perarakan. Bayangkan penuhnya Jalan Ampang, kemudian Jalan P.Ramlee dan diikuti Jalan Sultan Ismail. Penuh orang ramai. Semua tak puas ati. Semua tak suka! Tu baru kat K.L. Di semua bandar besar pon dah mula perhimpunan rakyat memprotes kerajaan. Kat Georgetown, Johor Bharu, Kota Bharu, Ipoh, Alor Setar, Kota Kinabalu, Kuching, Miri, semua ada. Penuh orang ramai. Sampai tahap DARURAT.


Bila tahap DARURAT timbul, askar akan ambil alih kerajaan. Semua orang akan dikenakan perintah berkurung. Yang dok kat opis, menganga la dalam opis masing-masing. Yang kat umah, dok la umah. Itu pon kalo polis dan askar berjaya membuat kawalan..


Sangat menyusahkan!

Kalau perkara ini berlanjutan, semua orang dalam keadaan huru-hara. Semua orang nak lari keluar dari Malaysia. Pelabur asing keluarkan modal mereka. Semua kedai tutup. Semua perkhidmatan terhenti. Nak online main Facebook pun susah. Anda mahu ini berlaku??

Pada aku, kita ada kaedah untuk selesaikan masalah. Gunakan kaedah PALING AMAN! Islam kan mengajarkan kita untuk hidup aman. 

3 comments:

  1. wow bro..dh tukar isu politik lak ye..heheh..takmo la rusuhan..nyusahkan aku nk lepak kt KL je nnt..hehehhe

    ReplyDelete
  2. takot kot..tengok kat negara orang jadik cenggitu...mintak simpang arrr

    ReplyDelete
  3. JMR, hahaha.. kena bincang isu semasa kadang2...:P

    Fiq, agak payah kalo ni berlaku.. agak2 kalo nk perubahan kerajaan pon, pastikan betul2 la..kan?

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.