Monday, March 28, 2011

Ada buat SALAH? Mintak ampun cepat-cepat!

Membuat salah dan terbuat salah. 2 perkara berbeza tapi kesan yang sama. Menyebabkan orang lain sentap dan sakit hati di samping memberikan kesusahan hidup kepada orang lain. Maka ia dianggap salah. Selain tu, andai ada undang-undang yang tidak dipatuhi juga dianggap sebagai salah.

Membuat salah bermakna dia sengaja tidak mematuhi undang-undang. Juga boleh membawa maksud kepada individu yang dengan sengaja menganiaya orang lain atau sengaja menyebabkan orang lain sakit hati dan terasa hati akibat perbuatan yang dilakukan. Secara mudah individu itu dengan sengaja melakukan sesuatu yang menyebabkan orang lain marah dan sentap.


Terbuat salah pula ialah tindakan yang dianggap biasa dilakukan oleh seseorang individu tetapi tidak dapat diterima oleh orang lain yang menyebabkan orang lain itu sentap dan sakit hati. Sebagai contoh, individu yang dah terbiasa kentut di tepian jalan mungkin secara selamba kentut ketika berada bersama individu lain yang kurang senang dengan manusia yang kentut bersepah. Mungkin menyebabkan orang ini sakit hati secara tidak sengaja. Maka ia dinamakan terbuat salah.

Aku sendiri ada buat salah. Salah dengan bos, salah ngan mak bapak, salah ngan adik-adik, salah ngan member blogger dan ramai orang. Ada yang secara sengaja dan banyak yang secara tak sengaja. Ada yang aku dah cuba mintak maaf sebab ada salah tu yang aku sangat tak boleh elak hinggalah kesalahan tu menyebabkan orang lain tersentap. Aiyok.

Perasaan dia sangat tak best! Tapi inilah hakikat, cepat-cepat mintak ampun. Agar tiada rasa kurang senang antara kita. Harap diampunkan salahku andai wujud kesalahan antara kita. Kerana mati itu SANGAT dekat, tak tau bila.

**Memohon maaf itu tidak langsung menjatuhkan MARUAH anda kerana ia satu perbuatan mulia tetapi janganlah meminta maaf pada perkara yang bukan anda buat.

2 comments

mintak maaf jika ada terbuat salah.
kuikui. tak perlu segan utk minta maaf kalau ada buat salah.

hohoho... no problem sarah.. :P

Sebarang komen amatlah dihargai.