Suis emosi.

Adakah anda mampu ubah emosi umpama suis lampu?
Sekejap suis BUKA untuk emosi gembira dan suis TUTUP untuk emosi gembira tadi.

Untuk memiliki suis sebegini, kita perlukan pengetahuan yang AMAT LUAS tentang emosi, kawalan diri dan juga pemahaman tentang keupayaan diri memahami situasi. Maka bagi mendapatkan pengetahuan ini, kita perlu lebih banyak mendalami sebarang bentuk emosi yang wujud pada diri kita.

GAMBAR HIASAN.
Ada manusia yang tak pernah rasa susah. Oleh yang demikian, hidupnya hampir tidak pernah rasa KECEWA dalam hidupnya. Oleh yang demikian pemahaman tentang perasaan KECEWA itu tidak mungkin dapat difahami dengan baik.

Selain dari mengalami sendiri apa jua bentuk perasaan yang ada, kita juga boleh memahami sesuatu jenis emosi itu dengan kaedah meramaikan bilangan kawan tak pun meramaikan majlis sembang-sembang. Dengan perkataan lebih mudah, kita perlu lebih banyak bergaul bagi memahami tentang emosi manusia.

Apabila kita sudah mempunyai suis emosi ini, kita perlu paham, sebagai manusia, kita tetap tidak akan sempurna. Pastu ada buffer time yang diperlukan diri kita untuk membuat pertukaran emosi tadi. Lambat atau cepat, bergantung kepada diri individu tadi. Sesetengah manusia mampu bertukar emosinya umpama sesumpah menukar warna.

Tapi, sila BERJAGA-JAGA dengan manusia HIPOKRIT yang mempunyai suis emosi hanya untuk kepentingan dan keuntungan dirinya sahaja.
Emosi
February 17, 2011
0

Comments

Search

Popular Posts

Masa untuk berhijrah!

Foto Astro AWANI / Shahir Omar Setiap kali kedatangan tahun baharu, maka …

Pentingnya ambil tahu hal jiran...

Kejadian kehilangan kanak-kanak semakin hari semakin menjadi-jadi. Ia menjadi…

Masa untuk lebihkan bersyukur

Dunia media ternyata menerima pukulan hebat akibat derasnya arus gangg…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Apa terjadi kepada jalan utama Kuala Lumpur ketika sambutan ambang 2020?

Maaflah lambat sikit video ni. Proses mengeditnya yang ambil masa lebih sikit…

Hebat!