Gambar sekitar ketibaan kumpulan pertama rakyat Malaysia dari Mesir.

Kumpulan pertama rakyat Malaysia yang dibawa pulang melalui Operasi Piramid oleh Kerajaan Malaysia telah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lummpur KLIA tadi pagi. Mereka seramai 778 orang telah mendarat jam 10 pagi yang disambut oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri najib Tun Razak serta ahli keluarga masing-masing.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiydin Yassin serta menteri kabinet yang lain.

Ketegangan yang berlaku di Mesir dek kerana menuntut Presiden Husni Mubarak untuk meletak jawatan. Ketegangan yang kian meruncing kini telah masuk hari ke 12 telah mengtumpulkan ribuan rakyat Mesir yang berdemonstrasi di jalan-jalan utama sekitar Kaherah telah menyebabkan risiko keselamatan menjadi semakin berbahaya kepada rakyat Malaysia yang berada di sana.

Justeru itu, Kerajaan Malaysia telah melancarkan Operasi Piramid untuk memindahkan rakyat Malaysia seramai lebih 11 000 orang keluar dari Mesir demi memastikan keselamatan rakyat Malaysia. Dengan kerjasama sepenuhnya kerajaan Arab Saudi, Operasi Piramid berjalan lancar.


Klik seterusnya untuk lebih gambar sekitar ketibaan rakyat Malaysia dalam penerbangan pertama dari Mesir.









Kru Air Asia yang bertugas dalam Operasi Piramid.


Paknil turut hadir di KLIA.
Sempat juga Paknil temuramah PM untuk berita melalui Era.fm
Datin Seri Rosmah pon ditemubual Paknil


Ucapan Aluan dari PM.

"Tiada pertimbangan politik untuk bawa pulang rakyat dan pelajar Malaysia dari Mesir" YAB PM.

Sumber: BH
Kredit Gambar: Twitter YB Khaled Nordin Twitter Tony Fernandez Twitter Paknil
Isu Antarabangsa
February 7, 2011
2

Comments

  1. kawan2 fia xdengo citer pon diorang dah balik ke idak ..hoo

    ReplyDelete
  2. sama la aku pon... maybe yang lelaki tinggal dulu. bawa balik yg wanita dan berkeluarga dulu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

2021 yang power!

Tahun 2021 ni sangat power! Mana taknya, sedar-sedar dah hujung bulan Januari d…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Hebat!