Waktu bekerja dengan semangat!

Tahun dah 2011. Minggu ni, dah masuk minggu terakhir untuk bulan Januari tahun 2011. Kita ada dalam 9 tahun 11 bulan saja lagi untuk mencapai negara maju 2020. Apa yang kita dah sumbang kepada negara? Ataupun kita sekadar menambahkan suara sumbang untuk menjatuhkan reputasi negara? Ataupun kita lebih banyak membuat perkara sumbang? Harap-harap kita tak jadi seperti kera sumbang kerana negara memerlukan rakyat yang sangat bekerjasama untuk dimajukan.

Kita sekarang bukan lagi masa untuk membangunkan negara. Masa kini untuk memajukan negara yang sudah bangun dari kemerdekaan. Biar la orang dari London kata kita masih tinggal di atas pokok. Biar mereka datang sendiri melihat kehebatan yang ada di negara kita dari sudut infrastruktur mahupun pemikiran rakyat.

Justeru itu, kita seharusnya mempunyai dedikasi untuk bekerja dengan semangat serta penuh dedikasi dalam apa jua bidang yang kita lakukan agar negara kita terus maju. Insyaallah.

Jangan biar rumah terbakar dek mementingkan diri sendiri.
Diriku
January 23, 2011
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Masa untuk lebihkan bersyukur

Dunia media ternyata menerima pukulan hebat akibat derasnya arus gangg…

Hebat!