Tips & Perjalanan Ujibakat #AF9

Ujibakat ONLINE untuk Akademi Fantasia 9 dah selesai. Peserta ONLINE AF9 dah dihubungi pihak Astro. Peluang terakhir ialah dengan sesi walk-in audition untuk AF9.


Lokasi Ujibakat hanya 2 iaitu:
Pada 28, 29 dan 30 Januari 2011 di Promenade Hotel, Kota Kinabalu Sabah.
dan
Pada 11, 12, dan 13 Februari 2011 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


Senarai lagu boleh dirujuk di SINI

Sedikit tips untuk anda yang bakal ke sesi ujibakat AF9:

  • kawal getaran jiwa anda kerana debaran yang TERLAMPAU mampu mengakibatkan anda sukar untuk menyanyi.
  • Pakai pakaian yang elok dan SEDAP dipandang.
  • Bawa bekal makanan kerana sesi MENUNGGU GILIRAN akan mengambil masa yang AMAT PANJANG.
  • Kekalkan profesionalisme anda kerana sepanjang sesi ini anda akan diperhatikan.
  • Jika anda tak berjaya, anggaplah tiada rezki anda. Tak perlu EMOSIONAL. Rilex sudah. Banyak lagi rezeki ada di dunia ni. 7 Lautan Tuhan sediakan untuk kita cari rezeki. :P
Laluan anda untuk sesi ujibakat AF9 ini ialah seperti berikut:

Peringkat 1:

  • ini peringkat pendaftaran, isi borang dan tandatangan borang.
  • dah siap, anda akan diminta menyanyi TANPA minus one sebagai tujuan pemeriksaan kesesuaian oleh pihak Astro. Sekurang-kurangnya 1 lagu wajib dinyanyikan pada peringkat ini.
  • andai anda berjaya, anda akan diberitahu serta-merta untuk ke peringkat 2.

Peringkat 2:
  • di peringkat ini, anda perlu membuat persembahan lagu wajib dengan diiringi minus one.
  • ia akan diadili oleh pihak Astro Production Sdn Bhd serta hakim yang dilantik mereka. 
  • kemungkinan juga anda diminta menyanyi lagu selain lagu wajib bagi tujuan penghakiman.
  • sesi ini akan dirakamkan untuk penghakiman dan juga rancangan tv.
  • peserta dinilai dari segi kebolehan menyanyi, persembahan dan karakter.
  • andai anda berjaya, keputusan akan diberitahu serta merta.
Peringkat 3:
  • ini peringkat untuk menilai bakat vokal anda.
  • anda akan diminta menyanyi lagu wajib dan beberapa lagu lain dengan diiringi muzik secara live.
  • penghakiman serentak dibuat oleh pakar motivasi yang dilantik APSB untuk menilai karakter peserta ujibakat.
  • persembahan ini akan dirakamkan untuk tujuan penghakiman dan juga rancangan tv.
  • andai berjaya anda akan ke peringkat seterusnya.
Peringkat 4:
  • Ini peringkat di mana sesi soal jawab akan dikemukakan.
  • anda juga diminta untuk mengisi borak keterangan diri dan juga borang penilaian karakter.
  • Para Peserta akan dinilai dari segi kebolehan menyanyi dan persembahan serta karakter dan personaliti, dan apa-apa kriteria yang lain yang akan ditentukan oleh APSB diatas budi bicara tunggal dan mutlaknya. 
**inilah sahaja perjalannya.. andai anda terpilih ke peserta akhir, ikut ja la apa arahan pihak produksi..ahaha..

0 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.