Temuramah bersama Jason Lo @jasonlo1 sempena Rock The World 10 #rtw10

Baru-baru ni aku berkesempatan untuk bertindak sebagai salah seorang blogger yang berada dalam kategori media team untuk Rock The World 10. Terima kasih buat Fat Boys record kerana memberi peluang untuk menjadi salah seorang blogger untuk membuat liputan di Rock The World 10.

Berikut ialah antara sesi temuramah bersama dengan Jason Lo yang juga merupakan CEO kepada TuneTalk:

**Sesi temuramah dibuat dalam Bahasa Inggeris, akan tetapi untuk blog ni aku alihbahasakan sesi temuramah ni.

Apa pendapat Jason Lo berkaitan Rock The World 10 kali ni?
Agak malang kerana ia diadakan sama tarikh dengan Pusingan Akhir Pertama Piala AFF Suzuki yang mana pasukan Malaysia telah berjaya ke peringkat akhir. Sebahagian besar penonton telah berpihak untuk pergi menonon perlawanan Malaysia-Indonesia berbanding meramaikan Rock The World 10. Akan tetapi penonton yang ada hari ni sangat supporting dan happening.

Apa perancangan untuk 2011?
Banyak perancangan untuk 2011. Bagi program Rock The World 11, kami mahu ia kembali sepertimana format yang digunapakai semasa Rock The World 1 dahulu. Hanya 1 pentas. Kali ni kita adakan 2 pentas untuk Rock The World kerana banyak band yang hadir untuk menjayakan Rock The World.

Selain tu, kami juga merancang untuk mengadakan Rock Underground untuk peminat muzik rock underground di Malaysia.

Pihak kami di Fatboys Records juga merancang untuk teruskan program Pesta Malam Indonesia, menjemput artis luar negara untuk membuat persembahan di Malaysia. Artis mana? Tunggu...





Kesimpulannya dari sesi temuramah ni, aku katakan Jason Lo merupakan contoh artis yang berwawasan untuk mengembangkan bakat dan prestasinya. Kini setelah bergelar CEO untuk TuneTalks, beliau telah bekerja keras untuk menjadi yang terbaik. Satu tindakan yang bijak untuk pastikan prestasi hidup semakin meningkat. Juga boleh dijadikan contoh untuk kita amalkan dalam hidup kita.

4 comments:

  1. Salam bro...

    gambar kat header tu katne lokasinyer? (soklan xde kaitan ngn post)

    ReplyDelete
  2. Mknace..ahahaha.. thanks...
    Shinju, ni pemandangan kat Australia.
    Fiq, Syiok la!! :P

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.