Tak suka tak apa!

Manusia tetap manusia. Penuh dengan kebaikan, penuh dengan keburukan. Sebab itu kehidupan manusia sangat kompleks dan menarik. Setiap hari ada saja perkara yang tidak menarik perhatian mahupun tidak disukai manusia.

Bila sesuatu perkara tidak disukai, mulut mula nak beraksi. Mulut mula nak bercakap sesedap nafsu. Otak mula nak fikir sekotor dan sehina mungkin ke atas perkara yang tidak disukai tu. Bergantung kepada jenis dan kelas mentaliliti yang ada pada manusia tersebut. Andai manusia tu datang dari kelas yang rendah kastanya, maka segala yang keji dan hina yang ada di kepalanya tadi akan dihamburkan melalui kata-kata.Semuanya akibat tak suka.

Gambar sekadar HIASAN.
Dengan kecanggihan dunia teknologi, kaedah berkomunikasi mula berubah. Manusia lebih senang untuk menggunakan media sosial yang canggih untuk meluahkan rasa dalam hati ke bentuk perkataan. Dengan mudah, jari menjadi mulut. Jari menjadi jahat. Dan jari mula berkata-kata. Hampir kesemua perbuatan jari kini dikuasai oleh nafsu serakah. Apa sahaja yang dimahukan diluahkan melalui jari. Tidak lagi melalui mulut.

Pada aku, kalau tak suka tak apa. Yang penting, tak perlu gadaikan nilai kemanusiaan anda dengan menghina, mengeji dan mengutuk sehingga wujud unsur kebencian dan tidak senang di kalangan orang lain. Ini kerana kita manusia tetap sama. Tetap hamba walaupun ada gelaran Tan Sri sekalipun.

Andai semua manusia tahu dan paham erti tak suka dengan nilai kemanusiaan, maka dunia lebih aman.Insyaallah.

1 comment:

  1. biasalah manusia..klu tk mulut wat jalan..jari pun boleh melalui penulisan..

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.