Perlu ka kenduri gah dan gemilang?

Aku selalu terpikir tentang kenduri yang mahal dan menelan kos yang terlampau. Bukankah kahwin itu adalah satu proses untuk menghalalkan hubungan pasangan?? Walimatulurus atau majlis kahwin yang lebih dikenali dengan majlis resepsi pada masa kini sebenarnya satu majlis yang digunakan untuk memberitahu orang ramai bahawa pasangan yang menjadi tuan rumah majlis tersebut telah berkahwin.

Ini ialah kek perkahwinan Nasa & Marion ketika majlis
resepsi private yang diadakan baru-baru ni.

Dari 2 perkara di atas, timbul pertanyaan di mana keperluan untuk melaburkan wang yang banyak untuk majlis kahwin? Sedangkan ianya hanya bertujuan bagi memberitahu kepada semua orang yang kita telah kahwin.

Oleh yang demikian, ianya aku katakan sebagai TAK PERLU begitu mahal. Cukup sekadar majlis makan untuk tetamu yang dijemput sahaja.

Kemungkinan juga, dengan ledakan teknologi maklumat kini, majlis mungkin boleh dikurangkan jemputannya dengan majlis dibuat untuk ahli keluarga terdekat dan sahabat handai yang rapat sahaja. Bagi yang lain, pemberitahuan melalui Facebook dan Twitter pon dah cukup. Apa yang penting, orang sekeliling kita tahu bahawa kita telah berkahwin lantas mengurangkan FITNAH dari orang lain.

5 comments:

  1. niat nak sedekah, bagi org ramai makan..
    bukan nak bermegah megah..

    tapi ikut kemampuan la..
    kalau tak mampu nak buah yg meriah, biase2 pun cukup..
    janji makanan sedap.. hehe

    ReplyDelete
  2. Pendapat saya, tiap individu mempunyai citarasa dan kemampuan dan pegangan ada yang berbeza.

    Semasa saya bujang, pernah menghadiri majlis yang berlansung selama 7hari/7mlm..

    40ekor lembu dan ratusan ekor ayam kerana mereka dari kalangan yang berada dan sudah menjadi adat, semua perkahwinan anak secara besar2an..

    Tetamu khas (termasuk saya) diberi penginapan bilik hotel, yang semuanya ditanggung keluarga tersebut selama mana yang ingin bersama turut serta keraian tersebut!

    Masaalah yg sentiasa timbul, sekiranya kita sendiri tak mampu tapi ingin juga ikut rentak orang lain..

    Salam,,

    ReplyDelete
  3. yup2..besederhana sudahh...mewah2 tyme kawin...lepas kawin xde dwet..sape suruh..hehe :))

    ReplyDelete
  4. btul!!!ahahaha.. thanks atas komen anda.. aku amat setuju dengan KAWEN IKUT KEMAMPUAN...

    ReplyDelete
  5. 'sekali se umur hidup' tapi jangan hutang sepanjang hayat..

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.