Membangkang secara bijak!

Banyak perkara yang berlaku kini perlu dibincangkan! Banyak yang perlu dibuat mesyuarat. Dan banyak yang perlu difikirkan sedalamnya oleh pihak berkepentingan terutama dalam perkara yang melibatkan kepentingan ramai.

Sebagai permulaan, akan wujud cadangan ASAS atau cadangan pemula untuk dibincangkan. Dari situ akan wujud percanggahan pendapat yang menjadikan individu yang kurang bersetuju dengan cadangan ASAS tadi dianggap sebagai pembangkang!

GAMBAR HIASAN.

Jadi, dalam usaha untuk menjadikan cadangan pembangkang tadi diterima, pembangkang yang bijak akan mengutarakan cadangan gantian ke atas cadangan ASAS tadi bagi memenuhi kriteria serta garispanduan yang diperlukan dalam mencadangkan isu.

Contohnya.
Dalam satu perbincangan untuk menyelesaikan masalah lampu jalan yang ditutup oleh pihak penyelenggara kawasan kediaman yang diakibatkan oleh penduduk yang tidak membayar yuran selenggara bulanan yang dikenakan. Dalam perbincangan yang dijalankan, cadangan ASAS untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan membuat kutipan yuran selenggara dari pintu ke pintu.

Sebagai pembangkang yang tidak bersetuju dengan cadangan ASAS tersebut, aku sebagai pembangkang (jadi pembangkang secara automatik sebab tak setuju dengan cadangan tadi) akan membangkang cadangan ASAS tadi. Sebagai seorang pembangkang yang bijak, aku mengutarakan kaedah lain untuk menyelesaikan masalah ini dengan mencadangkan agar surat amaran diberikan kepada penduduk yang mempunyai tunggakan yang banyak ke atas yuran selenggara. Yang penting, objektif untuk memastikan lampu jalan dinyalakan di waktu malam tercapai.

Kesimpulannya di sini, andainya anda kurang setuju atau langsung tidak bersetuju dengan sebarang pendapat dan cadangan yang cuba diketengahkan oleh sesiapa di dunia ni, maka kita perlu bijak dengan memberikan cadangan yang lebih baik. Ini kerana membangkang secara membabi buta tanpa alasan atau cadangan yang kukuh akan memberikan impak BODOH ke atas diri kita.

2 comments:

  1. membangkang???? hurm...
    kalo ade idea lebih baek, then kta ptot share, if x, duk diam2 saja..

    from political view: *xsabar tggu PR*

    ReplyDelete
  2. btul tu orked... takda idea, DIAM...aha

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.