Kaedah BIASA lelaki kaya mengorat perempuan cantik!

Kita selalu lihat isu di mana lelaki kaya yang tiba-tiba berjaya menarik perhatian perempuan cantik, panas (hot) dan juga terkenal. Kadang-kadang timbul persoalan, macam mana lelaki yang tak la tinggi sangat nilai kacak dia boleh dapat gadis pujaan Malaya?

Tapi kalau dianalisis berdasarkan 9 nafsu wanita, maka memang tak syak lagi. Lelaki yang berjaya menambat hati wanita yang bernilai tinggi ni, biasanya mempunyai aset bernilai jutaan ringgit. Maksudnya di sini lelaki yang berjaya ini mempunyai sejumlah harta yang "cukup" untuk memuaskan nafsu seorang wanita yang tinggi harga PENYELENGGARAANnya (maintainance).
GAMBAR HIASAN.

Kaedah yang digunakan bagi MEMULAKAN LANGKAH PERTAMA mengorat wanita terhangat di pasaran tadi ialah dengan mengetahui kereta apa yang digunakan oleh wanita tadi untuk bergerak ke mana-mana. Jadi bila dah tau apa kereta yang diguna, maka langkah seterusnya ialah dengan memastikan pergerakan wanita tu ke mana sahaja dia pergi.

Langkah terakhir ialah dengan mengenakan sedikit pelanggaran kat kereta kepunyaan wanita tadi. Pastikan pelanggaran yang berlaku tu tak bersifat mencederakan tetapi sekadar menghancurkan bumper belakang kereta pon dah cukup. Di sinilah bermulanya perkenalan. Bila dah kena langgar, wanita tadi PASTI akan panik. Jadi masa perbincangan dilakukan, tanya dia, nak bumper baru atau kereta baru?

Bila perkenalan dah bermula, maka di sinilah bermulanya lelaki banyak harta berjaya menambat hati perempuan cantik.

**AWAS! ini kaedah BIASA aku perhatikan yang berlaku kepada kebanyakan artis cantik.
Fikir2
January 27, 2011
0

Comments

Search

Popular Posts

Kenapa passport Malaysia Tidak SAH di Israel?

Beberapa hari lepas, seramai 67 orang Pasukan Misi Bantuan Kemanusiaan KElab Pu…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Salam merdeka!!!

Salam sambutan kemerdekaan ke 52... Maaf atas terlalu lama xupdate di blog nie…

2021 yang power!

Tahun 2021 ni sangat power! Mana taknya, sedar-sedar dah hujung bulan Januari d…

Mari kita belajar daripada kisah taubat Barisan Nasional

Kejayaan Barisan Nasional untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri S…

Hebat!