HORMAT - (KRITIK+HINA+KEJI) = TERIMA! untuk @anaraffali di #ajl25


Ramai terkejut! Ramai terkesima! Malahan ramai yang HANYUT kerana tidak berjaya memenuhi CINTA SEMPURNA yang mereka impikan. Tatkala nafsu JAHAT timbul dalam hati masing-masing kerana MENCARI KONKLUSI kepada pemenang Anugerah Juara Lagu ke 25, kebanyakan yang pulun minat dan mahu kemenangan ke atas artis kesukaan mereka menyebabkan wujud komen berlandaskan EMOSI.

Kebanyakan yang memberi respon beremosi ini tidak faham sepenuhnya konsep Anugerah Juara Lagu. Penghakiman dibuat berdasarkan LAGU. Bukan atas POPULARITI mahupun atas dasar POLITIK! Kalau tahun lepas kejayaan Pergi nyanyian Aizat menjuarai AJL24, pada aku itu satu kejayaan patut aku terima walaupun aku TAK SETUJU. Mungkin kerna lagu itu "masih panas" dengan kesedihan berpanjangan peminat Yasmin Ahmad. Oleh yang demikian, kuasa Ketua Juri yang ada pada Dato Seri Farid Ridzuan, maka kemenangan berpihak pada Aizat. Perkaitan antara Dato Seri Farid Ridzuan dengan Pengerusi Yayasan Yasmin Ahmad yang memberi kejayaan kepada lagu Pergi soundtrack filem Talentime oleh Yasmin Ahmad, takda pula sapa yang bising?

Pada aku, kejayaan Ana Raffali dalam Anugerah Juara Lagu 25 seharusnya DITERIMA dengan baik dan PENUH HORMAT seperti mana Ana Raffali menerima dan menjawab dengan penuh hormat kritikan melalui laman sosial terutama menerusi Twitter.




Andai anda betul TAK SUKA dan TAK SETUJU dengan kejayaan Ana Raffali, sila bersikap profesional! Tak kira siapa anda. Orang biasa, penulis lirik, penyanyi, mahupun juri sendiri. Tak perlu adakan Page Facebook untuk PROTES! Buat KAJIAN MENYELURUH ke atas semua lagu, dan kemudian wujudkan data numerikal yang cukup untuk membuktikan Ana Raffali TAK PATUT JADI JUARA. Baru kritikan itu dianggap ilmiah dan wajar diterima. Bukan setakat kritikan membabi buta umpama salakan anjing yang tak tahu berfikir.

Kemenangan PENUH RISIKO untuk Ana Raffali telah memberikan jutaan pengalaman dalam hidupnya. Bergelen air mata dititiskan sejak 3 hari yang lalu demi menahan perit dihina dan dikeji. Tapi aku pasti, andai Ana Raffali mampu bertahan dengan kaedah pembawaan dirinya, maka dia mampu menjadi komposer-penyanyi yang paling berjaya di Malaysia yang KALIS GOSIP dan KALIS KUTUKAN. Biar masa menentukan.

Mungkin kerana teknologi semakin canggih. Segala kritikan dan komen orang ramai kini menjadi live dan realtime.

**aku tetap suka kaedah Ana Raffali yang mengHORMATi kritikan dan pendapat orang lain. Jadi, nak kritik pon, sila guna kaedah yang CERMAT dan HORMAT.

Layankan gambar team Ana Raffali bersama trofi AJL25.







Guitarist yang menjayakan persembahan Tolong Ingatkan Aku.

Ni la designer kasut Ana Raffali.


Pelakon dan penari yang menjayakan persembahan Tolong Ingatkan Aku.

Ana Raffali bersama Managernya Kak Zaza n Abg Aidit.

Musician untuk Tolong Ingatkan Aku.

Lagi Musician yang menjayakan Tolong Ingatkan Aku.

Semua crew untuk persembahan Tolong Ingatkan Aku di AJL25.

3 comments:

  1. Keless nyah. Kirim salam kat Ana Rafali ya. Hope dia ingat apa yang hang tulis ni. Dia belanja hang ke menang 35k? kelesss

    ReplyDelete
  2. sebenarnye tak tengok ajl25 haritu... tapi mcm tak caye je tu ana rafali... nampak mcm chubby plak... ehehe... tapi comel2!!

    anyway best ape lagu tu... dulu sama laa tak suke sangat dier ni... tapi da try dengar lagu2 dier... not bad la dier ni... da la terer men gitar...

    kem salam kat dier eh??

    ReplyDelete
  3. Kak Jumie... Xplak dia blanja..aha.. Bagi p nengok AJL pon syukur la.. :P

    Cik Agogo..insyallah kalo jmpa lagi ngan dia aku kirimkan salam..aha

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.