Fardhu Kifayah orang dah buat kita tak payah???

Dalam hidup sebagai seorang Muslim, kita ada 2 jenis perkara Fardhu atau perkara yang WAJIB dibuat. Fardhu Ain, dan juga Fardhu Kifayah. Fardhu Ain, merujuk kepada kewajipan sebagai seorang Islam untuk memenuhi syarat wajib menjadi Muslim melalui pengamalan Rukun Islam dan juga Rukun Iman.

Petikan dari Filem 2 Alam. GAMBAR HIASAN

Fardhu kifayah ni merujuk kepada perkara yang melibatkan hal ehwal dalam masyarakat Muslim. Salah satu perkara yang menjadi keperluan dalam Fardhu Kifayah ialah pengurusan JENAZAH. Biarpun andai ada Muslim lain yang dah buat, kita sebagai Muslim yang ada WAJIB ambil kisah dan kalau boleh perlu sama-sama bekerjasama menjalankan tanggungjawab ni dengan baik.

Dalam dunia serba moden sekarang ni, susah untuk tengok orang muda ambil kisah dalam hal pengurusan jenazah. Melainkan perkara tersebut berlaku kepada ahli keluarga mereka. Malah lebih teruk, kematian ahli keluarga sendiri pon tidak mampu dilakukan sendiri oleh ahli keluarga sendiri. Sangat kasihan. Mula aku fikir di mana keberkesanan kelulusan Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) yang menjadi kewajipan untuk semua pelajar lulus suatu masa dahulu.

Kesimpulannya, belajarlah sebanyak mungkin ilmu agama dan aplikasikannya sebaik mungkin. Ini tidak bermakna orang lain dah buat, kita TAK PAYAH nak belajar langsung. Kan?
Fikir2
January 28, 2011
0

Comments

Search

Popular Posts

Rasis / Racist: Apa, Siapa dan Banyak mana?

Isu perkauman kini semkin hari semakin panas. Bila mana yang Melayu nak pertaha…

3 jenis tindakan yang mendatangkan bahagia di masa hadapan

Sejak dua menjak ni, semakin ramai yang ditemui mengalami masalah kurang bahagi…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…

Maksud sebenar “belajar pandai-pandai supaya hidup senang”

Sejak kecil, kita kerap kali dipesan oleh mak bapa tentang kepentingan untuk be…