1 Malaysia di tahun 2061 nanti khas untuk @yayasan1Malaysia

Sejak 1 Malaysia dikemukakakan oleh YAB Perdana Menteri, apa sahaja percubaan gaduh, mahupun sebagai kaedah menyelamatkan sebarang permasalahan, 1 Malaysia disebut untuk mengamankan keadaan. Lebih "menarik" lagi, guna sahaja bahasa apa pun untuk selesaikan masalah, guna sahaja "perkataan keramat" 1 Malaysia, masyarakat yang panas kembali cool saja.

Memang hebat penangan 1 Malaysia ni. Tapi aku TIDAK SETUJU apabila perkataan 1 Malaysia dikemukakan untuk meremehkan hal agama. Contohnya minum arak beramai-ramai sebagai tanda semangat 1 Malaysia bagi meraikan kejayaan sesuatu. Sangat tak boleh diterima.

Kami berlainan suku dan kaum.Tapi kami suka guna Bahasa Melayu.

Bukan ini yang aku cuba ketengahkan. Aku nak bincang isu BAHASA dan perkaitannya dengan 1 Malaysia.

Kalau benar 1 Malaysia diterima dengan bagus, dan MAHU jadi LEBIH BAGUS, semangat 1 Malaysia PATUT MENERIMA penggunaan BAHASA MELAYU di SEMUA MAJLIS dan SEMUA PAPAN TANDA di Malaysia. Kalau perlu untuk memudahkan pelancong asing, beberapa tempat dibenarkan diletak papan tanda berbahasa Inggeris.

Maka ia tak perlu wujud bahasa lain atau tulisan dalam bentuk lain di Malaysia anda semangat 1 Malaysia diterima pakai. Andainya ini tidak dijalankan, menjelang tahun 2061, semua papan tanda akan DIPENUHI dengan PERKARA YANG SAMA dalam bahasa yang berlainan. Kerana apa????? Kerana menjelang tahun 2061 aku percaya semua kaum dan suku akan mula menuntut hak penggunaan bahasa mereka secara MELUAS.

Untuk mengelakkan ini berlaku, tindakan SEGERA perlu diambil!

4 comments:

  1. hmm...pening..sorang 1 malaysia...yang sorang lagi permata pintar...satu negara,dua kepala.alih2..bajet kat rakyat,kat IPT sume kena potong..haha :D

    ReplyDelete
  2. 2061???lambat lg tu...kihkihkih

    ReplyDelete
  3. fiq, itu aku xkisah... kisahnya orang makin ramai xreti nak cakap bahasa Melayu...ahaha

    J.M.R... mmg lambat... tpi sebelum terlambat...ahaha

    ReplyDelete
  4. haha..moh kite cakap ompueh la cenggitu..hehe

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.