Wednesday, December 22, 2010

Serangan persepsi.

Persepsi ialah pandangan orang sekeliling terhadap sesuatu objek, individu mahupun kumpulan. Bagaimana sekumpulan masyarakat ke atas objek, individu atau kumpulan tadi dinamakan sebagai persepsi.

Bagaimana nak wujudkan apa saja jenis persepsi orang terhadap kita? Ianya dari penampilan dan juga bagaimana media menggunakan kefungsiannya untuk mewujudkan sejenis persepsi. Selain tu, apa jua jenis persepsi boleh diwujudkan dengan bantuan media sosial kerana ia sangat berkesan untuk masa ni.

Begitu juga persepsi manusia ke atas bola sepak hasil pendedahan yang banyak tentang Paul.

Berikut ialah contoh mewujudkan serangan persepsi:
Ada satu produk yang memang menjadi kegemaran ramai, contohnya KFC. Pada satu hari, seorang blogger mengeluarkan kisah tentang ayam KFC yang tak cukup masak. Berita tersebut tersebar dengan mantapnya ke seluruh media sosial seperti email, facebook dan juga twitter. Semua orang mula percaya bahawa KFC tidak masak sepenuhnya ayam goreng yang disediakn di restoran KFC. Maka ini mewujudkan persepsi yang buruk ke atas KFC kerana ayamnya tidak cukup masak untuk dimakan.


Bila ini berlaku, kuranglah pengunjung ke KFC dan orang mula paham bahawa KFC bukanlah satu restoran ayam goreng yang baik.

Beginilah antara kaedah untuk membuat serangan persepsi ke atas KFC. Begitulah yang berlaku kepada banyak perkara sekarang. Terutama hal ehwal politik. Tahniah kepada yang berjaya.

4 comments

yes betul tu...sesiapa boleh bt macam macam persepsi tentan apa yan dia lihat. lepas tu jaja kat oran lain. yang lain percaya tanpa usul periksa percaya..kalau benda tu betl x apa. kalau salah dah jadi fitnah silap2 masuk jail...so kena hati hati bila berkait dengan syarikat besar.takut silap lankah makan diri sendiri.=)

Persepsi ni yang memang selalu mengubah pemikiran manusia ni.

kadang2 org gunakan persepsi tu utk mendapat keuntungan dan menjatuhkan org. tapi ada masa ada baiknya. kalau kfc tahu, mereka akan ambil tindakan, kalau mereka nk ambik la. or else, maybe ramai org takkan makan.

by the way, saya nak ajak kamu joint contest saya:CONTEST AZAM 2011
eyriqazz dan kak ina turut menaja contest ini. kalau ada kelapangan joint la, x susah pun syaratnya

Ain,n tue la pasal... kena btul2 la.. masalahnya skang ni benda biasa ponk depa bagi jadi betoi..huhu

Bro Denai, kena ada satu kaedah ubah fikiran selain persepsi.. ada ka?ahaha

matjoe, maka terpaksa la kita wat sesuatu untuk pastikan persepsi orang sentiasa OK... :P

Sebarang komen amatlah dihargai.