Monday, December 27, 2010

Sebab apa pasukan Malaysia menang semalam?

Tahniah untuk pasukan Malaysia kerana berjaya memulakan pusingan akhir pertama piala AFF Suzuki dengan mendahului 3 - 0 ke atas Indonesia.

Sebab apa pasukan Malaysia menang?
Ini menjadi persoalan di kepala aku. Bila dah terlalu lama industri bola sepak kita hampir lumpuh dengan prestasi memalukan sepanjang dekad lalu, kini telah kembali. Ini bermakna berlaku sajenis pengorbanan yg besar dalam FAM. Aku sendiri tak tahu di mana pengorbanan yg dah dilakukan, tetapi aku yakin besar sifat pengorbanan yg dilakukan tu.

Ini kerana aku percaya, sebarang kejayaan tu datang dari pengorbanan. Lagi besar anda korban, lagi besar kejayaan yg bakal dinikmati. Macam kemenangan semalam ialah pengorbanan oleh PEMAIN KE-12 untuk pasukan Malaysia iaitu PENYOKONG! Kebanyakan penyokong yang aku jumpa merupakan orang yang tinggal di luar Kuala Lumpur. Ramai penyokong sanggup bekorban wang ringgit untuk datang ke stadium bagi sokongan. Maka ia dah membuahkan hasil. Alhamdulillah.



Apa hal dengan Twitter hashtag #malaysiacheatlaser??
ni adalah hashtag yang paling banyak digunapakai semalam yang secara tiba-tiba jadi trend hashtag paling terkenal untuk semalam.Penghinaan bertubi-tubi kononnya penyokong Malaysia guna laser untuk "butakan" mata si penjaga gol sangat tidak profesional. Nampak sangat penyokong Indonesia sangat emosi dan sangat tidak paham isu.

Gambar yang ditweet di twitter merupakan gambar yang diambil ketika Piala Dunia yang lalu di mana laser disuluh kepada Maradonna ketika perlawanan yang melibatkan Argentina. Dari gambar tu pun kita boleh nampak suasananya bukan di Stadium Nasional Bukit Jalil.



Sumber: Tweeter Malaysia


**tahniah untuk pasukan Malaysia. Moga bekalan yang cukup ni buat bekal semangat tambah gol lagi di Indonesia nanti.

3 comments

anyway tahniah kat malaysia..memang penuh stadium semalam..gelombang kuning membanjiri stadium...sangat best...

Bukankah Indonesia memulakan pancaran lazer.

Tahniah buat pasukan Malaysia.

Malaysia garang keputusan Piala AFF suzuki 2010

kita tengok kat Jakarta nanti macam mana
HUH !
congratz MALAYSIA :)

Sebarang komen amatlah dihargai.