Salam Maal Hijrah buat semua.

Salam Maal Hijrah untuk anda pembaca setia blog hilalazmi.com

Hijrah ada 2 maksud. Berikut aku berikan maksud hijrah yang perlu kita ketahui.

PERTAMA
Hijrah dari dari sudut sirah Nabi Muhammad SAW yang melakukan hijrah atau perpindahan dari Mekah ke Madinah Al Munawwarah. Banyak kisah yang terjadi dalam persitiwa hijrah ini. Penghijrahan  Nabi Muhammad SAW ke Madinah ialah untuk memudahkan penyebaran Islam dengan membentuk sebuah kerajaan Islam yang kuat di Madinah. Keadaan di Mekah yang penuh dengan tekanan dari pihak Kafir Quraisy di samping wahyu dari Allah memerintahkan agar hijrah dijalankan oleh Nabi Muhammad SAW.

KEDUA
Hijrah bermaksud perubahan dalam diri manusia terutama umat Islam dari keadaan yang kurang baik ke keadaan yang lebih baik. Biar sekecil mana perubahan yang dijalankan, yang penting hijrah dijalankan untuk kebaikan diri. Itulah yang dituntut dalam ajaran Islam. Andai perubahan itu perlu untuk kita berpindah ke kawasan baru, maka kita dituntut agar berhijrah!


Itulah serba sedikit pengetahuan Hijrah yang perlu kita ketahui. Maka dengan kehadiran tahun baru 1432 Hijrah, aku ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432H. Moga dengan kehadiran tahun baru hidup kita akan lebih bermakna dan lebih berkat. Insyaallah.





Diriku
December 6, 2010
3

Comments

  1. salam maal hijrah...
    moga2 kita trus berusaha utk menjadi yg lbh baik dr yg sblmnya...
    huhu

    ReplyDelete
  2. hepi new year..asyik wish kt taun masihi je....kali ni kat taun baru hijrah pulak :D

    ReplyDelete
  3. Rockprincess... Salam Maal Hijrah untuk kamu... :P

    Fiq, kena pulun sket la untuk tahun Hijrah... tahun masehi ja dapat perhatian selalu..ahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Masa untuk berhijrah!

Foto Astro AWANI / Shahir Omar Setiap kali kedatangan tahun baharu, maka …

Hebat!