Penghabis tahun 2010 yang cemerlang!

Tirai 2010 bakal berakhir dalam beberapa jam sahaja lagi. Malaysia meraikan kejayaan memenangi Piala AFF Suzuki 2010 dengan membaham sang Garuda dengan agregat 4 - 2. Setelah berzaman pasukan bola sepak gagal memenuhi kehausan peminat bola sepak Malaysia, kini skuad muda negara telah mengembalikan era kegemilangan tersebut.

Alhamdulillah. Biar jutaan serangan siber dikenakan ke atas pemain bolasepak Malaysia, termasuk penghinaan ke atas Malaysia, skuad ini telah berjaya membuktikan kehebatan mereka melalui jaringan yang cantik malahan jarang digunapakai oleh skuad bolasepak Malaysia.

Khairul Fahmi, penjaga Gol Malaysia yang begitu cemerlang semalam.

Di sebalik meraikan kejayaan skuad bolasepak Malaysia, dengan diumumkan 31 Disember 2010 sebagai cuti Umum oleh YAB Perdana Menteri kita semalam, kita haruslah terus memberikan semangat kepada skuad bolasepak kita untuk teruskan kejayaan ini demi menaikkan kembali martabat pasukan bolasepak Malaysia.

**Jom ramai-ramai sambut kepulangan WIRA negara di KLIA pada jam 2petang hari ini. Pasukan Malaysia akan tiba di KLIA dengan pesawat MH710 pada jam 2.10petang.
Isu Malaysia
December 30, 2010
4

Comments

  1. mereka pemain muda tapi hebat ,

    tapi masa kat bukit jalil haritu dorang main mmg superbbb .

    semalam kurang sikt lah tp ttp terbaik

    ReplyDelete
  2. Malam tadi masa kena 2-1, aku rasa nak je tipu wisel sendiri...ahah..berdebar2.

    ReplyDelete
  3. Sudah 6 tahun berlalu asal cakap semalam
    Sekarang aff 2016 bukan aff 2010.ketinggalan zaman.esok Malaysia vs Vietnam

    ReplyDelete
  4. Sudah 6 tahun berlalu asal cakap semalam
    Sekarang aff 2016 bukan aff 2010.ketinggalan zaman.esok Malaysia vs Vietnam

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Pernah try boba versi mamak Penang?

Ini cerita best masa kami balik Penang baru-baru ni. Aku saja la pi jumpa…

Kalau takda pasukan, kita gerak dulu !

Saya masih ingat kali pertama berjumpa dengan manusia penuh…

Hebat!