Patutkah perjuangan atas nama Islam menyebabkan kita BERPECAH?

TIDAK PATUT!

Ini jawapan aku. Lihat sahaja perjuangan Islam di seluruh dunia. Tidak mengira apa sahaja warna kulit mahupun mazhab. Semuanya akan berjuang atas nama Islam. Islam adalah agama yang dianuti majoriti manusia di dunia ni. Akan tetapi kesatuan di kalangan umat Islam agak goyah menjadikan umat Islam amat mudah dipengaruhi dan dikacau pemikiran mereka.


Inilah contoh pejuang Islam.
GAMBAR HIASAN

Ada sahaja yang disalahkan berdasarkan tafsiran sendiri yakni mengikut pemahaman mereka. Yang Sunni nak salahkan Syiah. Malahan tidak terkecuali ada umat Islam yang suka mengukur SIAPA LEBIH ISLAM dari kumpulannya. Bila kumpulan umat Islam ini ada "alat pengukur keIslaman" orang lain, di sini maka timbul masalah

Masalah yang timbul ialah berlaku pertuduhan orang ini banyak dosa, orang itu banyak pahala. Pada aku tanggapan sebegini hanya melemahkan usaha dakwah dan juga melembapkan pemikiran umat Islam. Bila umat Islam lembap, usaha dakwah jadi tidak berkesan, maka Islam secara keseluruhannya akan terus lemah dan hancur.

Aku teringin jumpa orang yang mampu menjalankan aktiviti dakwah di disko dan pub. Ada ka antara golongan yang menamakan diri mereka pejuang Islam tadi pernah cuba untuk berdakwah dengan pelanggan tetap disko dan pub?? Semestinya TIDAK PERNAH kerana mereka ini tidak mungkin akan berani mendekati pelanggan tetap disko dan pub ini kerana mereka ada "alat pengukur keIslaman" tadi.

Biar aku jadi pendakwah seperti air. Usaha dengan kaedah lembut biarpun ambil masa yang lama. Ini kerana air yang mahu pecahkan batu pun ambil masa yang lama. Dan air juga mampu menghancurkan jet jumbo yang menghentamnya.

Janganlah busukkan mulut anda dengan bau badan liPAS. Biar busuk macam mana sekalipun liPAS, dia tidak pernah memburukkan makhluk seliPAS dengannya. Begitu jugalah umat Islam, biar seburuk mana biar sebanyak mana dosa yang telah dia lakukan. Tegurlah cara yang baik. Tegurlah pada masa yang TEPAT. Jangan GELOJOH dalam menegur apatah lagi untuk berdakwah kerana makan pun kena bersopan santun. Andai GELOJOH makan, maka tersedak la kita. Silap-silap boleh mati terus akibat tersedak.

0 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.