Mahu anak pandai akademik atau anak pandai MAIN?

Bila baca suratkhabar Harian Metro semalam berkaitan Aksi Panas Dua Beradik semalam, sangat menyedihkan. Mana tak sedih, seolah-olah mak bapak pandai buat anak saja. Ajar anak tak pandai. Kecik-kecik lagi anak ni dah pandai nak buat anak (mungkin ayat ni sukar untuk difahami, sila baca berulang kali untuk lebih paham).

Rakaman aksi seks adik beradik ni tersebar menggunakan teknologi gigi biru atau bluetooth melalui telefon bimbit. Dari manusia yang sedarlah muncul laporan berita sebegini rupa. Mula timbul di pemikiran aku, bagaimana ini berlaku? bila korek punya korek, rupanya baru aku sedar, didikan agama semakin berkurangan oleh kebanyakan ibubapa zaman sekarang.

Sebagai contoh, ini aku cuba ketengahkan idea pendidikan asas yang banyak ibubapa fikirkan pada masa sekarang. Biasanya, ibubapa kini terutama bagi yang berada di kawasan bandar, mereka mahukan anak mereka pandai dalam akademik. Kalau boleh dapatkan SEMUA A dalam peperiksaan. Ditambah pula dengan fasih berbahasa Inggeris dan Mandarin. Oleh yang demikian sejak tadika, anak tadi akan dihantar ke tadika Cina, dan  memulakan sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan. Ini bukan soal rasis atau apa. Ini menimbulkan persoalan BILA anak ini nak pandai ilmu agama? Zaman tadika ada ka hantar ke sekolah agama? Sudah tentu TIDAK bila dah dihantar ke tadika cina.

Berbanding zaman dahulu, ibubapa mementingkan ajaran agama dahulu ketika kecil. Pastikan anak pandai mengaji Al Quran, pandai membaca Jawi, dan memahami perkara asas Fardhu Ain. Sekurang-kurangnya anak tadi memahami di mana perkara HALAL, dan di mana perkara HARAM.

Di mana kedudukan anda sebagai ibubapa yang bertanggungjawab?

7 comments:

  1. btol 2.. skg ne mmg kn jaga anak2 btol3.

    ReplyDelete
  2. for me its ok kalu nk anto anak kt sjk pon..sjkc ke...sjkt ke..tapi parents kna prihatin la.dah kalau xdpt pendidikan agama kat skolah..why not kt umah..parents ajar la kalu mampu..kalau tak.hantar je ke kelas agama :))

    ReplyDelete
  3. sekarang ni ibubapa tiada di rumah sebab mencari rezeki. anak diserahkan kepada orang luar.

    bila sekolah anak ashik di suruh itu dan ini. Anak-anak di manjakan dengan material tetapi dari seni rohani kurang.

    Semuga anak-anak kita menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  4. gua nak anak gua pandai main n bljar mcm gua

    haha

    ReplyDelete
  5. Batman... BUkan saja wat anak btul2... jaga pon kena btol2..aha

    Fiq, masalah skang ni, mak bapak pon xdak cukup masa utk spent ngan anak2... nk ajaq anak?hurm..

    kak ina, insyaallah...dengan kaedah btul jadi baik anak tu..ehe

    eszol. moga anak mu pandai dan bijak mcm lu..aha

    ReplyDelete
  6. persediaan harus bermula oleh remaja2 yang bakal menjadi ibu dan bapa..

    ReplyDelete
  7. sebab tue la kena p kursus kawen..ahaha

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.