Kuasa HIBURAN kepada hubungan POLITIK.

Hampir semua orang di Malaysia kenal dengan Dato Shah Rukh Khan. Hero filem dari Bollywood yang terkenal di seluruh dunia. Beliau telah berjaya menempa nama di seluruh dunia dengan lakonannya yang berkesan. Beliau juga sangat dihormati kerana sifatnya yang peramah dan rendah diri.

Ditambah pula dengan raut wajah Asia yang kacak, tampan serta gayanya yang menawan telah menarik minat ramai orang. Apa sahaja yang diperkatan beliau menjadi bualan ramai. Apa sahaja yang dibuat beliau turut menjadi ikutan bagi peminat fanatiknya.


Di sinilah kuasa yang ada pada bintang filem atau artis. Sebagai public figure biar terpaksa bekorban nilai hidup dek kerana mendapat perhatian orang ramai, tetapi andai berlaku sesuatu yang baik untuk beliau serta negaranya ini merupakan petanda yang baik.

Dari sini muncul idea kepentingan seorang penghibur dalam arena politik. Dek kerana kehidupannya yang sangat memberi kesan kepada masyarakat sekeliling, penghibur wajar dijadikan agen politik untuk memahamkan rakyat dengan agenda yang cuba diketengahkan oleh kerajaan. Andai itu tidak mampu dilakukan demi menjaga market penghibur tersebut, sekurang-kurangnya, jadilah seperti Shah Rukh Khan yang telah membawa masuk banyak pelabur ke India dengan hubungan baiknya dengan pemimpin negara selain India. Sebagai contoh, dalam minggu ni sahaja 2 pemimpin telah pergi dan bertemu dengan Shah Rukh Khan dan terbaru ialah Tun Dr. Mahathir. Bukankah pertemuan sedemikian memberikan keyakinan pelabur untuk datang melabur di India?

Sumber: BH

**terfikir untuk jadi penghibur dan kemudian berpolitik...
Fikir2
December 24, 2010
0

Comments

Search

Popular Posts

Ini sebab penting yang menyebabkan kita akan mula menabung sebelum bermulanya tahun 2021

Penularan wabak COVID-19 sememangnya memberi kesan besar kepada kebanyakan kita…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Apa maksud sebenar untuk TAK LARAT???

Selalunya akan ada saja orang yang akan datang lambat keja, tak datang keja lan…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Hebat!