Kenapa manusia perlukan agama??

Manusia hidup ada akal. Kalau manusia hilang akal maka GILA la manusia tu. Akal yang ada dalam diri manusia perlukan sesuatu untuk disesuaikan dengan keperluan hati. Disebabkan itu semua manusia hidup di dunia ni akan memerlukan kebahagiaan hidup untuk mendapat nikmat hidup.

Manusia akan lakukan apa sahaja untuk pastikan hidupnya bahagia. Berhibur, bekerja, dapatkan sebanyak mungkin harta dan juga manusia akan berkeluarga untuk menikmati hidup dengan baik. Bagi memberi panduan untuk manusia menikmati hidup maka wujud agama untuk meningkatkan semangat dalaman iaitu spiritual dalam diri manusia.
Penghibur dunia kini pun berusaha mencari agama untuk menikmati hidup mereka.

Ini kerana semangat yang ada dalam diri manusia sahaja yang mampu memberikan manusia kekuatan untuk melakukan apa sahaja bagi menikmati hidup. Oleh yang demikian amalan kewajipan yang dikenakan dalam agama amat penting untuk manusia menikmati hidup. Cuba lihat manusia yang hidupnya tiada agama. Senyumannya tampak kurang manis, kalaupun katanya dia bahagia, akan tetapi hatinya sunyi tanpa sebarang semangat untuk manusia tersebut menikmati hidupnya dengan penuh nikmat.

Bagi anda yang ada agama, mungkin anda akan dapat kesan. Andainya anda tidak menjalankan tanggungjawab agama anda, maka hari anda akan jadi tidak begitu nikmat. Semangat jadi kurang, dan hidup kurang menyenangkan.

Nikmatilah hidup dengan bahagia berlandaskan agama anutan anda. Tak perlu gadai agama untuk hidup bahagia.
Emosi
December 1, 2010
4

Comments

  1. atheists and agnostics bahagia je.
    any explanatory?

    ReplyDelete
  2. agama tuh penting...takde agam mmg bahagia, tapi juz kat dunia jek la...life after that??who knows..

    "dipagari syurga dengan perkara yang tidak menyenangkan dan dipagari neraka itu dengan perkara2 yang menyenangkan dan disukai"
    -hadis-

    ReplyDelete
  3. thanks for ur comment hellioz n fiq...

    atheist n agnostic bahagia?? betoi ka bahagia??

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

Ini sebab penting yang menyebabkan kita akan mula menabung sebelum bermulanya tahun 2021

Penularan wabak COVID-19 sememangnya memberi kesan besar kepada kebanyakan kita…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Apa maksud sebenar untuk TAK LARAT???

Selalunya akan ada saja orang yang akan datang lambat keja, tak datang keja lan…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Hebat!