Hantu Kak Limah Balik Rumah revolusi GARAPAN TERBAIK!

Aku sempat menonton filem "Hantu Kak Limah Balik Rumah" sebuah filem komedi seram oleh sutradara sempoi yang bernama Mamat Khalid. Filem ni sangat menarik perhatian aku sebab mesej yang disampaikan sangat berkesan. Biarpun kaedah garapan mesej yang diketengahkan agak perlahan sifatnya, tetapi amat berkesan sampai menjadikannya bahan ketawa penonton.

Sedikit Sinopsis Hantu Mak Limah Balik Rumah.

Kisah Hantu Kak Limah bermula apabila Awie balik ke Kampung Pisang selepas 2 tahun bekerja di oversea . Disebabkan rumah Awie bersebelahan dengan rumah Kak Limah, maka dia tegur Kak Limah seperti biasa apabila ternampak Kak Limah di tingkap rumah melihat luar.Maka dari situ bermulalah kisah hantu Kak Limah yang menggemparkan penduduk Kampung Pisang. Kalau nak tau lanjut, sila tonton di wayang kerana aku pasti anda akan rasa puas hati membayar duit tiket wayang untuk tengok filem ni.
Mesej yang aku suka dalam filem ni ialah:
  • mesej di mana penduduk kampung mula sedar akan kepentingan kepimpinan muda untuk menerajui kepimpinan Kampung Pisang. --> kiranya kalau dalam situasi politik semasa, kita perlukan kepimpinan muda menggantikan pemimpin tua yang dah tak produktif memimpin Malaysia la.
  • mesej di mana pembuat filem hanya kekal dengan idea biasa. Tiada cubaan keluarkan idea baru.
  • Mesej kesatuan antara jiran tetangga, perlu la kita ambil berat tentang kesihatan jiran kita.
  • Dan bermacam-macam mesej PENTING untuk kita.
Inilah yang bagus, berhibur sambil menasihat. Terbaik!

Inilah kepentingan ENGLISH EDUCATION!!!

Diriku
December 16, 2010
7

Comments

  1. belum tgk lg!!!
    and nak tgk sgt2!!!!

    hopefully dpt tgk weekend nie..

    ReplyDelete
  2. question pls..
    why ppl like to watch 'hantu' movie?

    ReplyDelete
  3. @Jinx - nk tgk bkn sbb tu cter hantu, tp sbb tu crite klaka..=)

    ReplyDelete
  4. Orked... Sila tengok.. seyes best!hahaha

    Jinx, Maybe hantu movie is the taste of most South East Asian people..ahaha

    Fatin.. best kn?? lawak gila!!

    ReplyDelete
  5. dah tgk!!!!!
    best gle..
    dari awal smpai last dok gelak x habes2...

    ReplyDelete
  6. Kepada Sesiapa Yang nak download Movie ni..Jemputla ke link kt bawah ni..Xde Watermark..Kualiti Tip TOP!!

    http://zulmovie.blogspot.com/2011/02/hantu-kak-limah-balik-rumah-2010-ppv.html

    Sharing IS Caring Right!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Hebat!

Search

Popular Posts

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Pentingnya ambil tahu hal jiran...

Kejadian kehilangan kanak-kanak semakin hari semakin menjadi-jadi. Ia menjadi…