Hal ehwal berkenaan Advertorial.

Aku sendiri sangat tak tahu apa tu advertorial. Pada pemahaman aku, advertorial ialah entry blog yang berkisar tentang sesuatu produk atau perkhidmatan yang BERBAYAR. Ini bermakna penulis blog itu dibayar dengan sejumlah wang untuk membuat satu entry menceritakan pengalaman mereka atau pemahaman mereka tentang satu-satu jenis produk.

Siapa yang layak?
Sesiapa sahaja layak sebenarnya untuk buat advertorial ni. Biasanya penulis blog tegar atau penulis blog yang banyak pengaruh (banyak hits pada blognya) yang mempunyai peluang untuk menulis apa sahaja review berkenaan produk atau perkhidmatan tadi.

Saya ada blog, boleh ka saya tulis advertorial?
Pada pendapat aku, boleh sahaja sesiapa nak buat review atau menulis perkara berkaitan produk atau perkhidmatan. Anda ada kuasa pada blog anda. Anda berhak untuk menulis apa sahaja. Ini aku katakan kepada blogger yang paham etika dan intergriti menulis blog.

Bukan bermakna anda boleh sewenang-wenangnya tulis tentang keburukan sesuatu produk atau perkhidmatan. Ini kerana killer instinct  yang ada dalam persaingan perniagaan tetap wujud di mana proses menjatuhkan perniagaan orang lain akan muncul. Akan tetapi, andai itu pengalaman sebenar anda, maka ianya TIDAK SALAH untuk dikongsikan pengalaman anda berkaitan produk atau perkhidmatan.

Kesimpulannya, menulislah dengan penuh etika. Buat review seadil mungkin. Tak bermakna anda tidak dibayar anda tidak boleh menulis. Andai dengan promosi anda produk atau perkhidmatan tadi berjaya, aku percaya suatu hari nanti anda juga akan dilantik menjadi penulis advertorial dari syarikat yang berminat.

Bersyukurlah dengan apa yang ada dan tidak perlu TAMAK untuk dapatkan wang!

**saya suka baca review produk dan perkhidmatan di blog GTO, JustKhai dan Redmummy!

3 comments:

  1. bro buat advertotial if ade yg offer & bergantung pada bayaran huhu...

    dari nuffnang, belum terima lagi he..23x

    BroFramestone Blog

    ReplyDelete
  2. yup, review seadil-adil dan seikhlas mungkin..tp kekdg kena hipokrit gk kan...

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.