Apa jadi kalo tiba-tiba MATI???

Tiba-tiba datang sesuatu di fikiran. Apa jadi bila tengah berjalan-jalan seorang diri, tiba-tiba mati. Jatuh rebah ke bumi ketika sedang berjalan-jalan. Apa reaksi orang ramai? Apa orang akan buat kat aku?

Situasi mungkin jadi sedikit kecoh. Itupun kalau orang-orang sekeliling betul-betul ambil kisah bila aku rebah dan mati di tepian jalan. Macam mana orang nak beritahu kenalan aku tentang kematian aku?

Beikut ialah kemungkinan yang berlaku andai tiba-tiba kematian itu berlaku.

  • orang yang tahu atau berpengetahuan mungkin akan ambil handphone dalam poket aku untuk tengok last call yang aku dah buat. Dan kemudian menelefon orang itu untuk memberitahu kejadian ni.
  • Mungkin juga orang ramai yang ada di situ akan tengok SMS terakhir yang aku hantarkan pada sesiapa yang ada dalam contact list aku.
  • Mungkin ambulans datang dan angkut aku ke hospital berdekatan.
  • Bedah siasat dijalankan untuk mengetahui PUNCA KEMATIAN aku.
Bagaimana dengan FB, Twitter dan blog aku?
  • itu semua hanya tinggal kenangan.
  • hanya status terakhir aku akan dibalas dengan kata-kata yang menyejukkan hati keluarga aku.
  • blog hits aku mungkin NAIK sekejap kerana orang mahu tahu bagaimana pemikiran aku di saat-saat akhir sebelum aku mati. Ataupun orang mungkin akan cuba memahami aku dengan membaca tulisan di blog aku.
  • Secara-perlahan lahan, ianya akan menurun dan akhirnya tiada lagi pengunjung ke blog aku bila aku semakin hari dilupakan kerana tiada lagi di dunia ni.
Ini kemungkinan yang ada. Mati boleh datang bila-bila masa. Adakah kita juga bersedia bila-bila masa untuk menerima kematian? Tepuk dada, tanya diri.

5 comments:

  1. ermm memang penah jugak terfikir, rasa takut sangat.

    ReplyDelete
  2. kita perlu selalu mengingati mati...
    lps kita mati...
    kita hanya ada amal ibadah kita...
    fb, harta n semua benda dunia nie akan trus tinggal kat dunia nie...
    sama2 memperingati...
    nice...

    ReplyDelete
  3. UIKS..tak terimagine aku..ngh jalan2 tetiba rebah n mati. smpai situ je aku leh iimagine..huhuh

    ReplyDelete
  4. Thanks utk komen anda semua Cik Lily, Rockprincess, JMR ngan Faaiz...

    Memang kita tak terfikir akan benda ni.. Cuma terpikir tu datang, maka aku jadi getaq!huhuhu

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.