Aku Masih Dara ~ DARA ka???

Salah satu terapi demam terbayek ialah pergi nengok wayang. Sangat menenangkan otak sebab boleh layan dan fikir dengan tenang bila tonton filem terutama filem Melayu. 



Filem Aku Masih Dara yang dilakonkan oleh pelakon favourite abah aku iaitu Raja Farah yang diganding bersama Yana Samsuddin, Diana Amir, serta 2 hero iaitu Asyraf Muslim dan Farid Kamil. Sebelum aku cerita betapa menariknya cerita ni, ini aku bagi dulu sikit sinopsis Aku Masih Dara.

Aku Masih Dara mengisahkan 3 sahabat Aleesya, Sofea dan Hani yang mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Mereka mempunyai pandangan yang berbeza tentang Islam berdasarkan cara didikan oleh ibu bapa masing-masing. Perbezaan ini tidak menghalang persahabatan mereka sehinggalah kemunculan Firdaus yang datang untuk menyedarkan mereka. Adakah Firdaus berjaya?


Dari segi plot cerita ni sebenarnya menarik, cuma plot tampak kurang logik kerana ia berlaku dalam keadaan yang cepat untuk menyedarkan salah seorang dari 3 sahabat tadi.

Apa yang menarik ialah:
  • konsep dakwah ala-ala Imam Muda yang cuba diketengahkan.
  • dakwah sampai ke dalam Zouk Club di mana tempat 3 orang sahabat tadi selalu clubbing.
  • situasi yang ditunjukkan ialah realiti yang berlaku pada masyarakat sekaerang terutama masyarakat di kawasan bandar.
  • skrip yang diketengahkan juga berdasarkan istilah yang banyak digunapakai kebanyakan orang sekarang yang menjadikan filem ini tampak real dan menarik. Biarpun agak kontroversi, seperti skrip Farid Kamil kepada Diana Amir mengatakan "aku sangap lubang ni!" memang selalu berlaku pada dunia realiti.

Apa yang kurang menarik pula:
  • kaedah dakwah yang diketengahkan oleh Asyraff Muslim tampak terlalu berdasarkan skrip dan kaku sifatnya. kalaulah kaedah sama digunapakai, mungkin tidak berkesan.
  • ada part yang agak membosankan bila scene penginsafan oleh Raja Farah.


Kesimpulannya, sila tonton filem ni sebab realitinya amat real dan meyakinkan. Mungkin juga penting untuk perempuan bagi memahami betapa pentingnya penjagaan DARA kerana ia menjadi petunjuk betapa kuatnya pegangan prinsip hidup seorang wanita. Andai ada yang sudah terlepas DARA kepada orang lain, inilah masa untuk BERTAUBAT. Jangan hanya TAU BUAT saja.

Enjoy!

11 comments:

  1. xberminat nk tgk eventho' ade FK and Ashraff muslim yg super nsem.. hehe

    ReplyDelete
  2. nak tengok... ada moral story dalam citer nie...

    ReplyDelete
  3. orked..ala.. kompem hg terasa kot..ahahaha...

    lady kodok... p tengok lekaih..ahaha

    ReplyDelete
  4. haha..wow! pegi tengok cite melayu..bagus2..tp kan..cite ni sama je lebih kurang cite syurga cinta jalan citernye.. stereotype sgt..hehe..buat maksiat,insaf,terus jadi baik :D

    ReplyDelete
  5. lupe plak...haha..mesti ko da baik demam kan tgk awek2 chun tu beraksi..heee~

    ReplyDelete
  6. kompem terasa???
    haha.. laen mcm jek ayat ko...
    terasa kt part amne agak2??
    kt part 'pkai tdung sbb nk cover LB' ke??
    xterasa kowt...

    hahahaha
    *yakin*

    ReplyDelete
  7. lebih kurang cam syurga citer tapi ni versi perempuan jahat lak

    ReplyDelete
  8. fiq, memang la stereotype pon.. tapi demi membantu industri filem negara. aku p tengok.. sebab best!ahaha..Ni skang dah bek demam trus..aha

    Orked..
    yakin p la kot mana pon cik orked.. yang penting sendiri tengok, sendiri pikir la..ahaha....

    zuriey..
    Agak la.. tapi kali ni layan sket.. awek style!ahaha.. cikaro Adnan Sempit tu..ahaha

    ReplyDelete
  9. haha! tahniah! ubt demam dengan tengok awek beraksi..nk try la nanti..wohoooo!!

    ReplyDelete
  10. Kepada Sesiapa Yang X sempat tgk kat wayang bleh la download kat cni..Link Mediafire aku sediakan untuk korang..

    http://zulmovie.blogspot.com/2011/01/aku-masih-dara-2010-dvdrip-avi-mkv-rmvb.html

    SHaring Is Caring!!!!

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.