Tips menjadi Boyfriend MANTAP!

Zaman sekarang ramai saja yang cuba hidup berpasang-pasangan. Secara HALAL atau HARAM itu tidak dapat dipastikan jumlahnya. Cuma, ia sangat memberikan kesan mendalam kepada individu sekeliling ke atas tindak tanduk insan yang hidup berpasangan ni.
Gambar sekadar hiasan.

Bagi kebanyakan orang muda remaja yang tidak berkahwin, mempunyai girlfriend atau GF merupakan kaedah mendapatkan calon isteri terbaik. Itu pendapat ramai orang. Ada juga hanya sekadar untuk memenuhi kehendak nafsu remaja dan juga sekadar menutup mulut orang sekeliling. Bergantung pada individu tersebut.

Sebagai lelaki, aku sendiri sangat letih bila mendengar rintihan, keluhan dan kegelisahan sahabat lelaki yang lain akibat permintaan melampau sang GF. Itu tak boleh, keluar tak boleh, ada kawan perempuan salah dan bermacam-macam sekatan yang berlaku bila ada GF dalam hidup mereka.Maka untuk menjalani kehidupan biasa telah terkongkong dek kerana GF yang cuba "menguasai kehidupan" si lelaki.

Oleh itu, aku gunakan perkataan MANTAP bagi mentakrifkan lelaki yang ada GF, tetapi masih boleh menjalankan kehidupan biasa untuk berkawan, bersuka ria mahupun menjalankan kerjanya dengan aman dan tenteram tanpa perlu "berperang" dengan GFnya.

Satu tips yang berguna ialah, dengan mewujudkan satu persefahaman yang jelas dengan GF sebelum "melantik" perempuan tersebut menjadi GF kita. Sebagai contoh, semasa di peringkat awal perhubungan, pastikan anda menerangkan sepenuhnya tentang gaya hidup anda. Terangkan dengan jelas dan dalam ayat yang mudah difahami. Ini penting bagi mengelakkan berlaku salah faham.

Bila persetujuan dicapai, maka anda kena pastikan anda sentiasa jujur dengan apa yang anda lakukan. Ini kerana kejujuran itulah datangnya kasih sayang dan akhirnya berjaya memastikan hubungan itu berkekalan. Andainya berlaku salah faham, lakukan perbincangan dengan profesional yakni dibincang secara terus face to face bukan melalui SMS mahupun perbualan telefon.

Tindakan sebegini penting untuk anda mengekalkan hubungan anda lantas menjadikan anda lelaki yang MANTAP dalam perhubungan dan juga kehidupan sosial anda.

Selamat mencuba!
Fikir2
November 2, 2010
3

Comments

  1. bro...selalunya masa baru nak kenal tu ok semua manis jer tapi bile dah jadi GF mulaler nak tunjuk power n control aku dah faham sgt pompuan ni py peel.....

    ReplyDelete
  2. honesty is the best policy..back to basics: perlu pk kan kebaikan diri sendir sblm berkorban demi kekasih..:-)

    ReplyDelete
  3. Bro jaket: hahahaha... pompuan.. besa la..ahahaha

    JMR: tang nak korban payah sket nak cakap. Semua sanggup korban.. Pasal awek korban member. Bila clash ngan awek baru nak carik member balik...SO?

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Sedap Weh meraikan Nasi Lemak melalui Google Malaysia

Nasi Lemak merupakan sejenis makanan yang paling kuat pengaruhnya sebagai ejen …

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Pentingnya ambil tahu hal jiran...

Kejadian kehilangan kanak-kanak semakin hari semakin menjadi-jadi. Ia menjadi…

Hebat!