Monday, November 15, 2010

Sesi meneliti awek baru!!!! @yes4g

Setelah hampir setahun aku gunakan P1 yang "sangat-sangat LAJU", hati aku setiap ari semakin letih melayan karenah "awek" aku yang bernama P1 nih. Sebenarnya aku nak ngorat si UNIFY, tapi disebabkan aku tidak tinggal di umah hakmilik sendiri, maka internet tanpa wayar aku perlukan untuk dijadikan awek aku. Maka untuk "berasmara" dengan UNIFY tidak dapat. Apa yang datang aku amek ja. Dengan pasrahnya P1 menerima aku untuk jadi boyfriend dia.

Sepanjang berhubung mesra dengan P1, selalu dia tidak mampu memuaskan aku. Bayangkan la, sepanjang 10 bulan kami bercouuple, hanya 7 bulan saja dia perform, tu pon ikut suka hati dia. Aku bayar untuk beraksi laju 1mbps, tapi dia beraksi pada kelajuan 108kbps sahaja. 

Akan tetapi, penjaganya sangat mesra dan ramas ramah. Maka, segala bantuan diberikan kat aku dan kini sudah di tahap maksimum. Pihak P1 pun dah tak boleh kasi aku bercouple dengan di free lagi dah. Alasannya, dia dah bagi aku banyak pengecualian bayaran. Ya la, dah tak perform, sapa nak bayar??? Kan?

Maka, dengan kedatangan awek seksi yang bernama YES, aku jadi lebih teruja. Warnanya yang cantik, perubahan pada Lot10 yang dah nampak macam Star Wars dah. Katanya dia akan bagi harga yang rendah pada performance yang mantap! Janji ni aku pegang untuk aku jadikan elemen penting untuk aku amek YES sebagai awek baru.


**Tak sabar nak tunggu Jumaat ni, pengumuman harga dari YES!
Yezza!!!

4 comments

kelajuan tu mungkin bergantung pd lokasi. aku beruntung gak la pakai P1 ni kt tgh bandar. Mmg sedap+laju.tgk youtube pun xsngkut2..
dulu pakai maxis lg la xmemuaskan nafsu..heh!

ikut tmpt gk sebenarnye..xsabar nak tau si YES tu..amboii2 tkr2 aweqsz nmpk..hahaaa

Cheq Tun, mmg la... Masalahnya aku dah pindah 2 umah dah... sama ja..huhuh

Ize.... Tukar2 awek.. carik pengalaman..ahaha

misterlAl
lAl

Sebarang komen amatlah dihargai.