Pentingnya menjaga hubungan kekeluargaan.

Manusia hidup dengan hubungan kekeluargaan. Biar keluarga kecil, mahupun keluarga besar. Keruntuhan romahtangga ramai orang pada zaman berteknologi tinggi ini telah membawa kita kepada situasi masalah sosial yang begitu pincang dan menyedihkan.


Bagi orang muda, darah panas, jiwa muda. Segala perkara mahu dilakukan dengan cepat, tangkas dan cekap. Kalau boleh apa saja masalah yang datang, mahu diselesaikan dengan segera. Maka jika masalah kecil cuba diselesaikan dengan kaedah penuh beremosi, maka banyak perkara negatif akan hadir.

Justeru itu, setiap manusia perlu lebih profesional dalam menguruskan keluarganya. Tak kira apa kedudukan anda dalam keluarga. Bapa, emak, anak, abang, kakak, mahupun sebagai adik. Apa konsep yang perlu difahami ialah masalah yang tidak berkaitan dengan keluarga kita tak perlu dicampuradukkan.

Biasanya bagi orang bekerja, masalah yang berlaku di tempat kerja akan dibawa pulang. Lantas segalanya dilepaskan kepada anak dan isteri. Tak kurang juga yang melepaskan tekanan kepada mak dan ayah. Di sinilah perlunya profesionalisme dalam diri setiap insan bagi memastikan hubungan kekeluargaan yang ada terus erat.


Apa yang penting ialah KERJASAMA dan sifat saling memahami dalam keluarga. Andai berlaku masalah, sila berkomunikasi secara terus kerana perkara yang dipendam tak mungkin dapat menyelesaikan masalah. Biarpun ianya tindakan yang kelihatan aman, namun demikian andai hati tidak tenang dan bahagia, amat sukar untuk mengembalikan kemesraan dalam keluarga.



Sayangi keluarga anda kerana mengalir darah serta keturunan yang sama dalam diri kita.

5 comments:

  1. sayangi keluarga anda sebelum anda kehilangan mereka~~

    ReplyDelete
  2. andai anda kehilangan mereka sekalipun, kasih dan sayang itu tetap di hati..

    misterlAl
    lAl

    ReplyDelete
  3. bak kate org..
    kawan x selamenye kawan..
    keluarga akan selamanye keluarga

    ______________________
    Jom Terjah Blog aku
    http://amirul-syakir95.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Syakir... btol tu...keluarga tetap keluarga..huhu

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.