Kenapa OBAMA boleh cakap bahasa Indonesia?

Bangga aku bila membaca berita tentang lawatan OBAMA ke Indonesia kelmarin. Dimulakan ucapan dengan ucap salam, ditambah dengan jenaka menerusi Bahasa Indonesia. Sangat meyakinkan dan mesra sifatnya. Itu yang aku rasakan. Biarpun masa hidupnya hanya 4 tahun yang dibelanjakan untuk berada di Indonesia dan lantas menjadikan Indonesia negara yang ada dalam hatinya. Penuh nostalgia dan kenangan.


Inilah kehebatan sebuah negara yang paling ramai penduduk Islam di dunia. Mampu menyemai semangat keIndonesiaan dalam setiap hati rakyatnya. Rakyat yang datang dari suku berbeza, bahasa berbeza malahan juga kaum berbeza yang mana setiap satu kumpulan masyarakat ini sangat obses dan sangat tinggi assabiyah ke atas kumpulan di mana kelompok dia berada.

Setiap satu rakyatnya mampu berbahasa Indonesia dengan jelas tanpa sukar difahami oleh masyarakat lain.

Setiap satu rakyatnya bersekolah dalam aliran yang sama.

Setiap rakyatnya sangat sayang akan negaranya. Biar korupsi banyak, tapi tetap sayang pada negaranya. Andai ada pendatang yang hadir, pasti akan jatuh cinta pada Indonesia dan serta-merta ada perasaan mahu menjaga segala aspek perkara yang ada di Indonesia dari segi politik, ekonomi dan sosial milik Indonesia.


*** Bagaimana dengan 1 Malaysia??? Aku tetap tidak percaya kewujudan konsep 1 Malaysia mampu menaikkan semangat kenegaraan yang tinggi kerana makin ramai rakyat Malaysia yang TAK FASIH BERBAHASA MELAYU, kerana masih ramai rakyat Malaysia yang TIDAK SUKA KERAJAAN MALAYSIA.

Kesimpulannya, untuk menjadi warganegara yang mantap, entiti ASAS sesebuah negara perlu KEKAL dan DIAMALKAN. Bukan dengan cara memantapkan sistem yang MEMUSNAHKAN jatidiri rakyat. Contoh paling mudah, aliran sekolah jenis kebangsaan yang DIKEKALKAN & DIMANTAPKAN!

Apakah jasa anda pada negara? Adakah hanya pandai berkata dan berblogging untuk membusukkan nama KERAJAAN MALAYSIA dan MALAYSIA?
1Malaysia
November 12, 2010
2

Comments

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

Menghampiri jam ke 2,000 Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Ketika aw…

Hebat!