Kemanisan berkorban.

Inilah hakikat kehidupan. Setelah lebih 20 tahun hidup di dunia, Aidiladha kali ini merupakan saat paling manis dalam hidup. Bukan senang kami sekeluarga besar untuk berkumpul bersama. Sejak aku lahir, mungkin pertemuah kali ni merupakan pertemuan bersejarah untuk kami kerana buat pertama kalinya semua pakcik dan makcik yang aku ada (di sebelah abah) berjaya dikumpulkan sekali.

Biar dari segi korum sepupu sepapat hanya 97% kehadiran sahaja. Akan tetapi situasi yang berlaku sangat menyeronokkan dan membahagiakan. Kalau suatu masa dahulu wujud hard feeling antara kami, banyak pengorbanan perasaan, wang dan tenaga dikeluarkan. Terutama dalam meneruskan kehidupan bersama arwah Tok Mak dengan Wan. Hari ini Tok Mak dan Wan tiada lagi.

Tapi, semangat, kecekalan, jiwa untuk berkorban itu mengalir dalam darah kami. Manis sungguh Aidiladha kali ni. Biar cuti sehari, tapi nikmatnya berhari-hari aku rasakan.

Semoga hubungan kami sentiasa rapat, dan mantap sepanjang perjalanan kehidupan keturunan kami. Insyaallah.



**Takziah untuk keluarga Abang Ramzi yang telah pulang ke Rahmatullah.

2 comments:

  1. woww beshh nyerr u got a big family..sonok kan dpt jmpa reramai.. aidiladha yang bermakna 1x. =)

    ReplyDelete
  2. ahaha.. thanks izee.. itulah keseronokannya.. Alhamdulillah hubungan kami sepupu sepapat semua masih kuat dan mesra.. Seronok sangat... :P

    misterlAl
    lAl

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.