Kalau takmau SUSAH, jangan mimpi KEJAYAAN BESAR!

Ini statement penting untuk semua orang. Kerana aku tahu semua orang mahukan kejayaan besar. Kejayaan semegah alam. Kejayaan yang mengharumkan nama diri, nama mak bapak dan nama negara sewangi-wanginya sehingga mewangikan seluruh pelusuk alam. Itu impian semua orang.

Trend orang muda sekarang ialah nak hidup senang. Nak bersenang lenang tapi nak berjaya. Nak bersenang lenang tapi nak hidup kaya. Inilah trend yang ada pada nilai diri orang muda. Tak kira lelaki mahupun perempuan apatah lagi si pondan dan penkid.

Aku sangat tak suka dengan trend yang diamalkan oleh kebanyakan orang muda yang ada sekarang. Seolah-olah dunia ni ibarat syurga yang semuanya perlu SEDAP dan NIKMAT. Tapi tak sedar diri tu sebenarnya status dia hamba ja. Tapi hamba yang diamanah untuk jadi khalifah di bumi ni untuk mentadbir alam dengan baik.

Oleh yang demikian banyak perkara yang diimpikan. Biar setinggi mana kejayaan yang ingin dicapai, manusia perlu menghadapi saat SUKAR dan SUSAH dahulu. Tengok sahaja sesiapa pun yang berjaya di dunia ni. Semestinya akan ada saat kesukaran yang dialaminya. Andainya tiada saat sukar dihadapi semasa mengecapi kejayaan, mungkin ia berlaku di tengah-tengah kejayaan berlangsung dan tidak mustahil juga ia akan berlaku di kala kejayaan itu berada di saat akhir.

Kesimpulannya, hidup ini akan ada saat kesusahan.

Pepatah ada menyebut "Hadapilah ujian dan kesusahan sepahit HEMPEDU kerana akan datang kejayaan SEMANIS MADU".
Emosi
November 1, 2010
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

Menghampiri jam ke 2,000 Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Ketika aw…

Hebat!