Jadilah lelaki yang terpelajar.

Kebanyakan lelaki Malaysia kini sudah mampu menamatkan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Ini satu kejadian yang bagus untuk lelaki kerana selama ini lelaki selalu sahaja dilupakan hak dan kehendak mereka. Mungkin disebabkan itu, ramai lelaki yang lebih sedap untuk bersuka ria mahupun bercinta sesama lelaki.

Ramai juga yang berperangai keanak-anakan walaupun suara garau bagai orang tua. Sampai tahap tak sedar diri dan memualkan perangai bila wujud lelaki yang sentiasa berusaha untuk mendapatkan perhatian umum atas apa yang mereka cuba lakukan.

Apa itu lelaki terpelajar??

Pada aku, lelaki terpelajar ialah lelaki yang matang. Fikirannya, pemahaman tentang kehidupan sosial orang sekeliling dan yang paling penting mempunyai pendirian yang teguh dengan pegangan hidupnya.Hasil dari pemahaman serta pendirian yang teguh ni, maka apa sahaja yang berlaku dalam hidupnya pasti dia akan dapat belajar dan memahaminya dengan cepat.

Dengan kematangan ini, maka sifat dan perangai lelaki ini akan jadi cool, cara bercakap jadi meyakinkan, senyumannya tampak mesra dan apa sahaja tindakan yang dilakukan amat menyenangkan pelbagai lapisan umur dan kaum. Senang cakap, kematangan yang ada ni akan menjadikan lelaki tadi sangat mudah membiasakan diri dengan sesiapa tak kira lelaki mahupun perempuan. Apa sahaja nasihat yang dikeluarkan akan menjadi titik tolak untuk perubahan dalam diri orang lain.

Maka jadilah lelaki yang terpelajar, tak kisah dalam apa jua keadaan kerana anda mampu mengubahnya!

**kompem ramai perempuan cair punya la.

4 comments:

  1. betul. sy sokong.
    sy lagi cepat cair bila lelaki lebih matang, cool & yakin.

    ReplyDelete
  2. syazana, itu yang perempuan mahukan..ahahaha..

    hans.. childish pon aku ada.. cuma dalam hal serius kita kena matang dan yakin!ahahaha

    ReplyDelete
  3. hahaha
    yups
    betul2
    bila perlu serius maka serius
    kalau setiap masa serius pun xleh juga

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.