Sunday, November 21, 2010

Hasil bersama P1 11 bulan.

Aku bermula dengan P1 pada Disember 2009. Ketika tu lokasi aku online ialah Sri Damansara. 7 hari pertama, segalanya superb seperti yang dicanangkan dalam TV. Semakin hari semakin perlahan kelajuannya. Maka aku berhari-hari telefon bahagian khidmat pelanggan P1 untuk membantu aku. Bahagian Khidmat Pelanggan P1 memang bagus. Pro aktif dan sangat reaktif kepada komplen yang aku buat.

Namun demikan, sepanjang aku guna P1, masalah slow connection kerap kali berlaku. Aku boleh terima kalau kelajuan yang aku dapat 80% dari nilai kelajuan yang aku langgan. Contohnya aku langgan pakej 1mbps, kalau hasil speedtest yang aku dapat ialah 800kbps, maka itu dianggap ok. Masalah sekarang ialah kelajuan yang aku dapat cuma 80kbps.

Segala bentuk troubleshooting aku buat setiap hari, dan setiap kali internet jadi slow. Aku bertahan selama 11 bulan dengan P1 sebab kebaikan yang ada pada pegawai khidmat pelanggannya saja. Kalau nak harap pada servis yang aku dapat, mungkin dah lama aku teruskan dengan ISP lain.

Kini, tiba masanya untuk aku berubah arah. Mungkin hari ni, mungkin esok. Terima kasih P1 kerana "menceriakan" hari-hari saya.

3 comments

hahahaha... nak ka P1 abg???? ahahahaha... tpi sha bayaq sendirik la..ahahaa.

alahai 80kbps aje ke? berjanggut...hahhaa



www.yanmieonline.com

Sebarang komen amatlah dihargai.