Doa kerinduan buatmu.

Semalam 9 November 2010 merupakan tarikh yang aku anggapkan sebagai penting untuk aku ingat. Di kala ini, Tok Mak kesayangan telah pergi buat selamanya. Pergi menemui Pencipta yang lebih menyayanginya.




Beliau merupakan seorang yang amat penyayang. Menyayangi suami, anak-anak dan juga cucunya dengan sepenuh hati. Tak kisah la dalam apa jua keadaan dirinya, beliau sentiasa sayang dan ingat akan suami, anak dan cucunya. Ditambah pula dengan suaranya yang sentiasa sihat di telinga semua orang.

Aku amat merindui Tok Mak. Kini sudah hampir 4 tahun tiada Tok Mak dalam sambutan Aidilfitri keluarga kami. Apa yang aku harapkan kami sekeluarga masih kekal akrab sepertimana adanya Tok Mak suatu masa dahulu. Andai tiadanya Tok Mak, maka tiadalah kami semua.

Aku doakan moga Tok Mak sentiasa dirahmati Allah. Moga rohnya diletakkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh. Dijauhkan Tok Mak dari sebarang seksaan. Semoga Tok Mak tenang di alam sana. Insyaallah.

Al-Fatihah untuk Tok Mak.
Diriku
November 10, 2010
2

Comments

  1. Al-fatihah..

    Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkn d kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh..Moga segala usaha yg dilakukn dinilai sebagai amal soleh disisi Allah dan dipanjangkn amal soleh itu.Mudah-mudahan dijauhkan dari segala azab dan mendapat ketenangan abadi disana...insya Allah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Menghampiri jam ke 2,000 Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Ketika aw…

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Kalau hidup ni manis sepanjang jalan pun tak sedap jugak!

Kehadiran tahun 2020 memang sangat mengujakan! Ya la, angka 2020 ni merup…

Hebat!