Cuba reti bersabar!!

Bagi manusia yang bernafsukan politik Malaysia, mesti tak sabar tunggu keputusan pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi dan juga keputusan pilihanraya kecil DUN Galas. Masing-masing dengan canakan nafsu yang membuak-buak. Yang nak balas dendam, yang nak bagi mesej PADAN MUKA, dan bermacam-macam lagi.


Dari sini saja kita dah boleh tengok tahap kesabaran rakyat Malaysia. Masing-masing nak semua yang diimpikan siap sekelip mata. Konon tak boleh lambat. Hanya tahu nak berbelanja duit sahaja, berbelanja masa langsung tak pernah pikir. Malah, lebih azab lagi bila tak reti nak jaga perasaan manusia lain. Sebab tu la dalam kehidupan ni diwujudkan perkataan SABAR untuk kita lebih memahami orang lain dan seterusnya menghasilkan dunia yang aman (walaupun dunia belum cukup aman di bawah pemerintahan Obama).

Kalau di jalanraya, semua orang berebut-rebut nak berada di depan. Konon nak cepat sampai. Bagi yang berkereta, sibuk juga nak mencelah sampai tutup jalan untuk membolehkan motosikal lalu.Bukankah ini cukup bukti menunjukkan sikap tak sabar tu menyebabkan kesusahan orang lain?

Bagi lelaki, silalah bersabar kerana wanita akan suka hati saja datang untuk sakitkan atau cuba menduga kesabaran anda.

**diharap semua orang sabar menanti keputusan pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi dan juga keputusan pilihanraya kecil DUN Galas. Tengok Astro Awani! :P
Fikir2
November 4, 2010
1

Comments

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Hebat!