Cikgu mencari anak murid.

Kalau zaman P.Ramlee dulu, anak murid yang akan pergi ke rumah atau pondok untuk mendapat ajaran atau pendidikan dari cikgu. Kalau zaman dulu, cikgu sangat dihormati dan dipercayai. Karier seorang cikgu seolah-olah sangat penting dan mulia. Tidak teragak-agak cikgu untuk aku kata cikgu di sesebuah kampung lebih dihormati dari sorang YB.

Masa telah mengubah segalanya.

Pendapatan rakyat Malaysia semakin meningkat. Wang mula berkuasa di negara ini. Bila wang berkuasa di sini, maka untuk dapatkan cikgu pun hanya sediakan sejumlah wang dan cikgu akan datang mengajar di rumah. Anak murid hanya perlu kangkang dan nganga di rumah menunggu untuk disuap cikgu yang datang dengan ilmu yang penuh di dada.

Jadi, di sini kita dapat lihat kejayaan yang ingin dicapai oleh anak murid sekarang sangat mudah. Tak perlu berusaha keras kerana ilmu itu akan datang di depan hidung. Tinggal untuk ngap saja. Itu pun kalau ianya akan diterima.

Patut la susah sangat budak-budak sekarang nak berfikir logik. Susah untuk berusaha, hidup nak senang saja. Apa saja harap mak bapak. Pendidikan seumpama ini TIDAK WAJAR untuk diteruskan. Biarpun cikgu-cikgu boleh buat duit lebih, adalah lebih baik wujudkan usaha untuk melahirkan anak murid yang ingin berusaha. Ingin bergerak untuk dapatkan ilmu.
Fikir2
November 22, 2010
6

Comments

  1. pergh~! bru je bercerita td trus post... laju laju... hahaha!!! nak wat camna... zaman dah berubah... budak2 skrg da byk kena makan suap, da xpandai makan sniri dah... lalala~!

    ReplyDelete
  2. betul tu..tambah dengan teknologi yang serba canggih ni..google je terus

    ReplyDelete
  3. Apit..geram sangat dah.. mmg aku dah lama nk post..sembang ngan hg trus teringat..ahahaha..

    Zuriey.. google ja.. tu masalahnya.. bebudak hilang untuk membuat sebarang taakulan.logikal punya pemikiran tak mampu.

    misterlAl
    lAl

    ReplyDelete
  4. anak-anak sekarang terlampau di manjakan oleh ibubapa.

    Nasib baiklah tak ambil pakej potong..kalau idak meranalah mcm kamu buat akak yang suka berblog ni.

    ReplyDelete
  5. tu trend masakini
    sebab tu budak budak sekarang 'lemak'

    ReplyDelete
  6. Kak Ina, ahaha.. nasib xamek potong kan??ahahaha...Sy terpaksa kata YES skang.ahahaha

    Sha, mcam sha la.. LEMAK!!!ahahaa


    misterlAl
    lAl

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Tip kurangkan anak tengok gajet!

Bila dah jadi bapak, banyak perkara perlu kita beri perhatian. Nak cari duit …

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

Hebat!