Buat cikgu GENERASI BARU.

Aku dah muak, mual, nak terkincit pon ada bila mendengar, baca dan melihat cerita yang dipaparkan berkaitan SALAHGUNA yang dilakukan oleh cikgu di Malaysia. Pelbagai kes yang berlaku. Kebanyakannya kes melampiaskan nafsu sendiri kepada murid-muridnya. Adakah cikgu yang ada sekarang terlalu gersang dan dahagakan seks? Itu aku tak tahu.

Ini sumpah dan janji yang kawan saya war-warkan pada rakan seperjuangnnya.

Bagi cikgu yang baru mendapat tempat dalam industri pendidikan negara. Maka aku berpesan atas dasar kesedaran akan penting dan mulianya cikgu di hati aku. Aku suka kewujudan cikgu, aku sayang karier seorang cikgu dan paling aku sayang ialah komitmen seorang cikgu yang mengajar anak muridnya dengan penuh ikhlas dan kasih sayang. Inilah perasaan yang mencetuskan pesanan ini

Buat cikgu generasi baru,

Andai ada cikgu SENIOR yang cuba memperlekehkan idea anda, sila diam. Diam dan terus menggali di mana kekurangan idea anda dan mantapkan idea itu.


Andai ada GURU BESAR yang cuba menurunkan semangat anda, sayangilah anak murid anda kerana GURU BESAR hanyalah bertindak sebagai BOS di sekolah, anak murid adalah client anda. Keberkatan gaji anda terletak pada keberkesanan pengajaran anda kepada anak murid bukan GURU BESAR bayar gaji anda.


Andai anda merasakan anak murid kini tak boleh disentuh, tak boleh dimarah. Pastikan anda bijak menggunakan psikologi mereka untuk memastikan nasihat dan teguran anda berkesan. Bukan bermakna maki hamun, atau berkata dengan nada tinggi. Itu kaedah zaman batu untuk ajar budak-budak.


Jadikan anak murid sasaran kekuatan anda untuk ikhlas mengajar.Pastikan anda bangun pagi dan terus senyum agar anda tak nampak kusam dan kurang bersemangat bila mengajar. Andai anda stress, nikmati stress tersebut dengan menghabiskan masa dengan rakan sebaya.Atau carilah hobi baru.


Sekolah bukan tempat berniaga. Kalau datang darah usahawan pada anda, layani nafsu berniaga tu di luar waktu pejabat.


Kesimpulannya, biar kerja jadi cikgu tu sukar. Tapi banyak graduan yang malas carik kerja yang tiba-tiba datang minat untuk jadi cikgu. Maka jadikan minat itu satu yang indah, menarik dan menyeronokkan. Saya sayang cikgu saya.

*Semoga berjaya pada member yang ambil ujian MTest arini.

4 comments:

  1. i like the last one.
    masa sekolah dulu,cikgu saya siap jual nasi kerabu

    ReplyDelete
  2. Akan saya ambil pesanan kamu untuk jadi cikgu yang berjaya! Insyaallah. :D

    ReplyDelete
  3. Tim... Pasal ada la yang aku sebut tuh..ahahahaha

    Coklat.. Moga kamu jadi cikgu yang berkaliber dan berkat gaji... :P

    Epal..thanks..:P


    misterlAl
    lAl

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.