Bila bercinta, jangan DIBUANG kawan-kawan.

Ni jugak sejenis masalah yang berlaku di kalangan muda-mudi zaman sekarang. Bila dah ada saja orang yang tersayang dalam hidup (iaitu boyfriend / girlfriend), maka kawan-kawan sedia ada dilupakan dan terus diabaikan tanpa belas kasihan. Kononnya demi cinta sejati dan pasangan sehidup semati.


Tak kurang juga ada yang sanggup mengabaikan ibu bapa sendiri dengan melarikan diri dari umah demi kekasih tersayang. Itu isu yang aku tak mau bincang. Apa yang aku cuba ketengahkan sekarang ni ialah masalah yang berlaku dalam hubungan sesama sahabat dan kawan-kawan. Selalu sangat terjadi.

Pada pendapat aku, orang macam ni ialah manusia jenis pendek akalnya. Hanya memikirkan kehendak hati tanpa memikirkan sebarang kebarangkalian yang mungkin berlaku di masa akan datang. Kiranya begini, untuk kehidupan berkasih sayang dengan kekasih, pasti ada kebarangkalian untuk berlakunya keretakan mahupun hubungan putus akibat isu-isu yang tidak dapat diselesaikan.

Apabila ini berlaku, maka akhirnya orang yang dicari ialah kawan-kawan. Betapa hancurnya hati akibat dikecewakan dilepaskan melalui lepak-lepak dengan kawan, makan-makan mahupun bersuka-ria. Kiranya kawan akan ada di mana-mana walau di mana juga keadaan (itu kalo anda ada kawan yang baik). Kalaupun tiada kawan terdekat, mungkin kawan yang ada di FB pon dah cukup untuk menggembirakan hati.


Kesimpulannya, sayangi kawan anda, hargai mereka dan lindungilah mereka sebijak mungkin. Kerana tanpa kawan, anda hidup keseorangan dan kerana kawanlah yang mampu memberikan kebahagiaan dalam perpisahan anda dengan kekasih hati (andainya ini yang berlaku).

5 comments:

  1. kawan pon kena pilih, pilih lah kawan duani & akhirat..jgn terkena kawan makan kawan dah le..tol x?:-)

    ReplyDelete
  2. btoi tu JMR....ohohoho..... memang terbayek statement hg..aha

    ReplyDelete
  3. couldnt agree more dengan JMR.


    kalo dah buang bf sbb kawan2 tbe2 kawan2 plak makan kwn,
    kan ke naya cmtu...
    bercakap dari pengalaman.
    =(

    ReplyDelete
  4. suka post ni....sebab terjadi pada diri...kawan sudah lupa diri ini..bila bertemu kononnya cinta sejati...

    ReplyDelete
  5. orked... kita jangan buang sesiapa dalam hidup. Akan tetapi URUSKAN masa yang berkualiti untuk kita spent time ngan orang awek dan juga kawan.

    Shafeeqa, cenggitulah dunia..ahaha

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.