Bekal makanan.

Kalau zaman sekolah dulu-dulu, aku pernah diajar untuk membawa bekal makanan sebagai makanan untuk dimakan pada waktu rehat. Membawa bekal ni agak menyeronokkan sebab kita agak bebas nak makan di mana-mana. Selain tu, dengan bawa bekal makanan ni mengajar aku erti membekalkan diri secukupnya untuk mengisi perut di masa akan datang.

Situasi agak berbeza pada zaman kini. Budak-budak sekolah kurang membawa bekalan ke sekolah. Biasanya hanya dibekalkan dengan sejumlah wang dari mak bapa. Mungkin sebab tu, berlaku banyak sedikit huru-hara dalam masyarakat kini yang lebih bersifat materialistik.


Dah la materialistik,  duit pulak tak reti nak simpan. Yang ada hanya hutang bertimbun-timbun.

Itu semua bermula dari ajaran di kala kecil. Tiada bekal diberi. Tiada ajaran untuk menyimpan bekal di masa depan. Malah, lebih menyedihkan, ramai yang tidak paham maksud masa depan. Masa depan ialah apa yang akan berlaku pada kita dalam tempoh sejam dari sekarang. Ia bukan sahaja bermakna kita perlu merancang kehidupan kita untuk 10 tahun akan datang, malahan untuk sejam akan datang pun kita perlu rancang dan susun strategi sebaiknya.

Maka hidup di dunia ini perlukan bekal yang cukup. Apatah lagi kehidupan akhirat kelak.
Fikir2
November 30, 2010
3

Comments

  1. assalamualaikum.

    bawak bekal masakan air tangan ibu tu berkat, kasih sayang anak ibu bertambah tapi sekarang berapa ramai mak -mak muda yang sanggup bangun awal buat sarapan. Ramai yang suroh maid masak dan hidang, baru dia anak beranak keluar makan. Akibatnya anak dan suami lebih rapat dgn maid sbb penangan air tangan tadi. Kesan dia bila anak dah besar mudah dia nak lupa mak dier.......salah siapa yer.....

    ReplyDelete
  2. satu lagi kalau kita dapat Rm 1.00
    belanja 80 sen saja simpan yang 20sen tuuu.. Jangan pulak belanja
    RM 1.20 sen gaji 5 angka pun tak cukup

    ReplyDelete
  3. Syukurlah cik Diari Ibu, di sinilah pentingnya air tangan Ibu... bukan sekadar melahirkan.. Malah membesarkan dengan tangan dan kasih sayang sendiri.. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…

Pernah try boba versi mamak Penang?

Ini cerita best masa kami balik Penang baru-baru ni. Aku saja la pi jumpa…

Kalau takda pasukan, kita gerak dulu !

Saya masih ingat kali pertama berjumpa dengan manusia penuh…

Hebat!