Bagus sangat ka hidup dengan MENIPU?

Saban hari, banyak saja berita yang orang yang TERTIPU akibat DITIPU oleh PENIPU. Kehidupan seorang manusia boleh jadi tidak sah andainya langsung tidak MENIPU. Itu memang sudah termaktub dalam diari kehidupan manusia. Ia bergantung kepada dos penipuan yang dijalankan oleh orang tu.

Dalam situasi tertentu, bertindak MENIPU boleh digunakan bagi mengelakkan berlakunya kemudaratan yang lebih besar. Akan tetapi ianya hanya boleh digunakan SEKALI untuk SATU orang sahaja. Tidak boleh lebih.

Sebagai contoh, apabila kita terlambat untuk berjumpa dengan seseorang, biasanya tindakan MENIPU dijalankan untuk mengurangkan tekanan si penunggu bagi membolehkan si penunggu boleh bertahan lebih lama untuk menunggu anda. Akan tetapi, kalo anda lakukannya lebih dari sekali, maka jangan terkejut sekiranya anda dihamun dan dicerca.

Gambar Sekadar Hiasan
Selain tu, ada jugak yang suka menipu untuk menutup cerita hidupnya yang sangat liar. Akan tetapi, bila anda menipu, maka tiada unsur kejujuran dalam hidup anda. Bila ini berlaku, maka kebodohan diri akan timbul dengan sendiri akibat sifat tidak jujur anda tadi. Akhirnya, segala perkara yang anda cuba sembunyikan telah terbogel sendiri dek tindakan menipu yang membawa kepada sifat tidak jujur tadi.

Kesimpulannya, janganlah menipu untuk menutup sesuatu perkara yang jelas sifatnya. Jujurlah dalam berkata-kata dan jujurlah dalam bertindak. Andainya tiada kaedah lain dah, MENIPU adalah kaedah terakhir. Ingat! Sekali sahaja untuk satu individu. Cuma, kalau tipu hal berkaitan harta & kewangan, dah tentu parang akan sampai di tengkuk anda!

**Jangan pikir LELAKI saja selalu menipu! Perempuan lagi banyak menipu untuk mencukur! :P

0 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.