Andai aku seekor anjing.

Saat dilahirkan ibu di bawah flyover, aku tak berapa ingat.
Ibuku melahirkan aku dan menyusu aku hingga umur aku 6 bulan.
Selepas tu, ibu terus tinggalkan aku.
Pergi entah ke mana, sekali sekala saja aku nampak ibu berjalan ke sana kemari.

Aku hidup kesorangan, berpeleseran di sana sini
tanpa ada tempat bergantung.
Apa yang ada hanya kawan-kawan tempat bermain dan bermanja.

Saat melintas jalan paling aku takut, banyak kereta dan motor hon pada aku,
tiada kerja lain ialah berusaha dapatkan makanan untuk hidup.
Aku cari di kedai makan,
Aku cari di tong sampah,
Biasanya aku dihalau dengan penuh hina.

Kini aku dewasa, mula mencari betina.
Mana betina yang ada, aku sodokkan.
Aku sodok walau di mana saja,
Tepi lorong, tengah lorong, tepi jalan,
Asal boleh sodok, aku sodok ja.
Kadangkala ada manusia terpegun melihat kehebatanku.

Inilah aku, anjing jantan di bandar.


** post ni dikeluarkan bagi memahami kehidupan seekor anjing di samping mengamati perasaan anjing.

3 comments:

  1. fuyoo. memahami betul ekh. hehe

    ReplyDelete
  2. i follow ur blog. do follow mine too. :)

    ReplyDelete
  3. kesian anjeng :(

    tak semua mampu ada sifat empathy mcm ni

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.