Tips memudahkan orang "rekemen" anda untuk keja!

Bila datang zaman konvokesyen, zaman ni la datang ramai kawan-kawan. Yang dah lama tak jumpa. Yang dah lam tak bertegur sapa. Tiba-tiba segalanya jadi ramah dan mesra.

Bagi yang masih bertani anggur di rumah, maka inilah masa terbaik untuk bertanya pada kawan-kawan yang dah keja untuk dapatkan info berkenaan lubang kerja. Tak cukup dengan itu, ada saja yang datang untuk mintak tolong rekemenkan (recommend) dia untuk masuk tempat keja kita.

Bukan senang nak tolong promote member-member ni. Tak tolong, dikatakan kita penting diri. Tapi bila dah tolong, nanti kalo dia buat hal kat tempat keja, jawapannya, si tukang promote atau recommend ni la yang kena.

Berikut aku bagi sikit tips la untuk memudahkan sesiapa nak recommend anda untuk tujuan mendapatkan rice cooker atau keja!
1. pastikan keja yang anda mintak tu keja yang anda mampu buat.
2. pastikan anda yakin boleh melakukan perubahan dalam diri termasuk bekorban WAKTU TIDUR anda untuk memastikan prestasi kerja anda cemerlang!
3. sila jadi seorang yang PROFESIONAL. Hal kerja, tidak dicampuradukkan dengan hal peribadi.
4. sentiasa ingat dalam otak bahawa anda masuk keja tu dengan BANTUAN dan PROMOSI oleh kawan anda. Maka anda bukan semata bawak nama anda tetapi jugak nama orang yang tolong anda tu.
5. pastikan sebelum anda meminta bantuan, anda tidak menunjukkan sebarang perangai yang memungkinkan anda tidak berprestasi tinggi untuk melakukan kerja. Berlakon sket pon takpa.
6. Jagalah hubungan anda dengan kawan anda yang tolong anda tu. Jangan la lupa daratan pulak.


Moga anda berjaya dalam kehidupan anda...

3 comments:

  1. dah..aku dah rasa camne racommand person ni..pastu dia lak buat onak dan duri...malu, kalu bleh nak pakai topeng je p kerja...huuhuh

    ReplyDelete
  2. maka anda perlu lebih berhati-hati nak rekemen orang keja... :P

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.