Tuesday, October 12, 2010

Tahniah untuk konvokesyen anda!

Sedar atau tak, inilah realiti. Sudah setahun aku konvo! Selepas hampir setahun aku konvo baru aku mampu untuk berada pada situasi yang agak stabil. Agak sahaja. Sebab selesa dengan persekitaran yang banyak asap bas.


Ucapan tahniah diucapkan untuk semua sahabat yang baru menyelesaikan majlis konvokesyen di UMS baru-baru nih. Satu majlis yang gilang gemilang diadakan sempena Pesta Konvo Tamu Gadang ke 12 baru-baru ni. Seramai 4615 graduan menerima ijazah masing-masing yang mana 11 daripadanya menerima doktor falsafah (PHD), 239 graduan ijazah sarjana, 4229 graduan ijazah sarjana muda dan 135 graduan menerima diploma.

Setakat yang aku sedia maklum, perwakilan pelajar juga turut dipilih untuk membuat ucapan penghargaan bagi mewakili graduan pada sidang terbabit iaitu saudara Azrul Ibrahim dan saudari Masturah Mohamad Nadzari. Tahniah juga kepada graduan yang banyak berkorban sebelum ni untuk tamat pengajian di UMS.

Bagi adik-adik yang belum tamat pengajian, teruskan pengajian dengan bijak dan kerjasama. Biar apa jua bentuk perjuangan yang anda ingin perjuangkan, betulkan niat asal anda ke universiti. Janganlah dek kerana perjuangan orang lain pengajian anda tergadai.

Untuk sahabat-sahabat yang baru bergraduan, pengajian hidup secara PRAKTIKAL kini bermula. Anda bukan lagi PELAJAR atau MAHASISWA. Selamat datang ke dunia realiti yang penuh emosi dan memerlukan profesionalisme di tahap tertinggi. Gunakan ilmu yang ada sebaik mungkin. Bangunkan ilmu yang ada dengan pengalaman yang bakal anda alami.

Nantikan tips pencarian kerja dan tips kehidupan melalui http://hilalazmi.com untuk anda!

Sebarang komen amatlah dihargai.