Sempena Perhimpunan Agung UMNO 2010

UMNO adalah parti Melayu terbesar di Malaysia. Biarpun landskap parti ini dah berubah akibat keluar masuk ahli yang deras sekali sempena TSUNAMI PAKATAN yang melanda Malaysia 3 tahun lepas, namun pada pendapat aku parti ni masih relevan yang mencorak kepada pemikiran dan status orang Melayu.


Dalam Perhimpunan Agung UMNO, seperti biasa akan ada usul yang dibahas oleh perwakilan dari ratusan bahagian yang menghadirkan diri. Maka wakil bahagian ini akan berdebat, berbincang dan mengusulkan cadangan kepada Majlis Tertinggi akan suara mereka yang datang hasil dari perbincangan di peringkat Cawangan dan juga Bahagian.

Berikut harapan aku pada ahli UMNO sedia ada. Terutama bagi yang memeriahkan Perhimpunan Agung UMNO.


  1. Diharap ahli UMNO tidak hanya datang untuk expose nama sendiri dan kemudian lobi untuk kontrak pada MT.
  2. Diharap ahli UMNO TIDAK SOMBONG, BONGKAK dan TAKBUR dengan ahli UMNO berstatus biasa dan pemuda yang berminat menyertai UMNO.
  3. Jangan ingat anda ahli UMNO, anda boleh CEPAT KAYA!
  4. Diharap ahli UMNO boleh mencorakkan minda Melayu anti PHD (Perasaan Hasad Dengki)
  5. SILA KEMBALIKAN JENAMA UMNO yang betul2 memperjuangkan anak bangsa BUKAN semata-mata wang ringgit!
Ini hanya sekadar HARAPAN dari orang Melayu yang dikelilingi ahli UMNO yang sentiasa bersemangat. Kadang-kadang, harapan mak abah kita pon kita tak boleh nak tunaikan. Inikan pulak nak harapkan ahli UMNO yang berjuta-juta ni.

Tapi, atas kapasiti UMNO yang besar pengaruhnya pada pemikiran orang Melayu. Harapan di atas wajar diambil perhatian!

Selamat Bersidang!
Barisan Nasional
October 19, 2010
1

Comments

  1. berterabok tengok wakil wakil dok bagi ucapan...macam la best sangat.

    akak bukan la benci UMNO. Tapi akak tak suka politik. :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

Ini sebab penting yang menyebabkan kita akan mula menabung sebelum bermulanya tahun 2021

Penularan wabak COVID-19 sememangnya memberi kesan besar kepada kebanyakan kita…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Apa maksud sebenar untuk TAK LARAT???

Selalunya akan ada saja orang yang akan datang lambat keja, tak datang keja lan…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Hebat!